SIPITANG, 15 Okt - Kerajaan bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan proses pengesahan identiti pengguna atau electronic Know Your Customer (eKYC) bagi menghalang kanak-kanak bawah umur 13 tahun daripada memiliki akaun, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Menurut
beliau, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di alam
maya serta memastikan garis panduan komuniti setiap platform dapat
dikuatkuasakan dengan lebih berkesan.
“Sewaktu
saya bertemu wakil platform media sosial bulan lalu, saya tegaskan bahawa
Malaysia akan mewajibkan pengesahan identiti terutamanya untuk memastikan
kanak-kanak bawah 13 tahun tidak mempunyai akaun.
Turut hadir
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa; Ahli
Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah; Timbalan Pengarah Urusan (Kawal Selia
dan Korporat) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk
Zurkarnain Mohd Yasin; dan Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj.
Fahmi
berkata satu pertemuan antara MCMC dan syarikat pengendali platform media
sosial akan diadakan minggu depan bagi mempercepatkan pelaksanaan kewajipan
eKYC tersebut.
Selain
perlindungan kanak-kanak, beliau menjelaskan bahawa eKYC turut penting dalam
membanteras penipuan dalam talian serta penyebaran kandungan berbahaya seperti
aktiviti perjudian dan iklan palsu.
“Banyak
platform disalahgunakan penjenayah untuk scam. Semalam, di Parlimen saya
nyatakan bahawa 78 peratus daripada kandungan scam yang diturunkan datangnya
daripada Facebook,” katanya.
Dalam
perkembangan lain, Fahmi berkata inisiatif NADI on Wheels (NOW) yang digerakkan
oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama MCMC bertujuan memperluas capaian
digital kepada komuniti luar bandar. Terdapat 1,099 Pusat NADI di seluruh
negara, termasuk 131 di Sabah. Program NOW di Sipitang turut dilengkapi peranti
Starlink berkelajuan sehingga 250 Mbps serta beberapa tablet untuk pembelajaran
kemahiran digital dan keusahawanan.
Beliau turut
menyentuh mengenai projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) bernilai
RM2 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam
Belanjawan 2026. Projek itu akan menghubungkan Semenanjung, Sarawak dan Sabah
serta melibatkan pembinaan kabel dasar laut dari Tanjung Aru ke Tawau.
“Kita jangka
projek ini siap dalam dua atau tiga tahun,” katanya sambil menyatakan ia akan
menjadi keutamaan kementerian bagi meningkatkan kelancaran rangkaian komunikasi
di Sabah.
Dalam masa
sama, MCMC akan menumpukan kerja penyelenggaraan menara telekomunikasi yang
sering terjejas akibat banjir melalui pelaksanaan site hardening dan penggunaan sistem jana kuasa hibrid.

إرسال تعليق