Haron Din disahkan meninggal dunia di California

MURSYIDUL AM Parti Islam Se Malaysia, PAS Dato' Haron Din meninggal dunia di Hospital Universiti Stanford, California Amerika Syarikat, perkara itu disahkan oleh Nasruddin Hassan Ketua Penerangan parti itu.

Dalam satu kenyataannya, beliau memaklumkan Haron meninggal dunia pada pukul 10:10 pagi waktu Malaysia.



Perkara itu turut disahkan melalui halaman facebook rasmi beliau:

"Sesungguhnya Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mengurniakan keampunan, kerahmatan dan nikmat syurga yang kekal abadi," tulis pentadbir halaman itu.

Haron sebelum ini dilaporkan mendapat rawatan di unit rawatan rapi Hospital Stanford berikutan komplikasi jantung yang dihadapinya.

Pada bulan Mac lalu, allahyarham dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada.

Beliau sebelum ini menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital yang sama pada 2 April 2012. — EdisiRakyat.com, 16 September 2016.
Previous Post Next Post