SEGELINTIR rakan Facebook Puan Sha Rahman, yang merima mesej daripada akaunnya, meminta gambar payudara kononnya untuk pemeriksaan online, dengan dijanji habuan RM800 dan voucher untuk shopping serta handphone diminta jangan percaya atau terpedaya dengan mesej tersebut kerana akaun Facebook itu sebenarnya telah digodam.

Difahamkan individu yang menggodam akaun itu menghantar mesej lucah seperti itu kepada akaun-akaun yang telah bersambung sebagai rakan kepada akaun Facebook Puan Sha Rahman.



Ramai rakan-rakan yang menjadi mangsa telah berkongsi 'screenshot' perbualan dengan akaun yang telah digodam itu. Difahamkan akaun email, dan instagram milik Puan Sha Rahman turut berjaya digodam.

Lebih malang, ramai mangsa telah terpedaya dan bertindak menghantar gambar lucah kepada akaun tersebut.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pemilik sebenar akaun Facebook Puan Sha Rahman, ramai rakan-rakan Facebook yang telah menghantar gambar lucah kepada akaunnya bertindak menghubungi beliau menyebabkan hidupnya rasa terganggu.



Beliau membuat laporan kerana bimbang terjadi sebarang perkara tidak diingini terhadap diri dan keluarganya di masa akan datang. — EdisiRakyat.com, 5 November 2016
SEORANG lelaki dan seorang wanita terbunuh dalam satu kejadian ngeri membabitkan sebuah kren cerucuk statik yang runtuh dan menghempap kenderaan yang mereka naiki berdekatan tapak pembinaan, di Bandar Bukit Raja tengah hari tadi.

Abd Rahim Abd Rahman, 61 dan seorang wanita Indonesia yang dikenali sebagai Nurhayati, 56 yang menaiki Perodua Axia sedang dalam perjalanan melalui jalan Persiaran Astana menghala ke Meru ketika kren itu tuimbang di sebelah kanan jalan dan menghempap kenderaan yang mereka naiki kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Struktur kren itu menghempap bahagian depan kereta menyebabkn kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing menyebabkan mangsa maut serta-merta di tempat kejadian. Kematian mereka disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang berada di lokasi kejadian.



Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor , Mohd Sani Harul dipetik dari sumber ketika di temu bual berkata, anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor tiba di tempat kejadian lebih kurang setengah jam kemudian setelah menerima panggilan bagi menguruskan proses mengeluarkan mayat serta membersihkan tempat kejadian.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat. — EdisiRakyat.com, 4 November 2016
SEORANG ibu muda yang dikenali sebagai Jasmine Gregory, 24 terpaksa berhadapan pertuduhan membunuh tanpa niat dan pengabaian kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian anaknya, Robyn Andrews-English's yang berusia 14 bulan akibat kecuaiannya di rumah mereka di Wantage. Oxfordshire. 

Mengikut pertuduhan yang dibacakan di mahkamah Oxford Crown, Jasmine dikatakan meninggalkan anaknya di dalam tab mandi di bilik air sambil dia meneruskan kerja mencuci.

Sebelum kejadian, Jasmine dikatakan telah meminum sebotol cider sekitar waktu kematian bayi malang itu di mana kemudiannya dia terlupa di manakah dia meletakkan Robyn sehingga menyebabkan kematian bayi malang itu pada 7 ogos 2014.

Terdahulu, ibu bapa angkat bayi malang itu pernah membuat laporan mengatakan bahawa Jasmine kerap meninggalkan anaknya keseorangan di dalam bilik air menyebabkan satu badan penjagaan hal ehwal kanak-kanak melantik pekerja sokongan untuk menasihati dan mengawal Jasmine dalam soal penjagaan anak.

Pekerja sokongan yang dilantik itu ketika memberi keterangan di mahkamah menyatakan bahawa kira-kira sejam sebelum kejadian dia ada mengingatkan Jasmine supaya tidak meninggalkan anaknya berseorangan di dalam bilik air.

Seorang saksi yang berada di tempat kejadian, Stephanie Toms mengatakan bahawa dia melihat Jasmine  dalam keadaan cemas sambil bertanya kepada orang yang lalu lalang sama ada mereka ada terihat anaknya. 

Stephanie kemudian melihat Jasmine masuk semula ke dalam rumah dan mengikutnya sebelum menemukan Robyn di dalam bilik air berkeadaan tertiarap di dalam tab mandi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia terus mengambil bayi malang itu dari pegangan Jasmine dan terus membawa bayi itu ke pusat perubatan berhampiran.

Hasil siasatan polis yang menggeledah rumah Jasmine selepas kejadian menemukan botol arak kosong yang mungkin menjadi penyebab Jasmine mabuk.

Ketika permulaan perbicaraan hakim membenarkan Jasmine meninggalkan mahkamah kerana Jasmine dilihat begitu tertekan.

Menurut pendakwaraya yang mengendalikan kes itu, Jasmine berulang kali menyalahkan dirinya kerana cuai dan mengatakan dia ingin membunuh diri kerana sibuk membasuh hingga menyebabkan anaknya mati.

Perbicaraan ditangguhkan dan disambung kemudian. — EdisiRakyat.com, 4 November 2016
SEORANG wanita yang dikenali sebagai Wina Lia, 40 yang merupakan janda beranak dua dan juga pemilik salon menjadi terkenal dengan sekelip mata apabila iklan mengenai rumah yang ingin dijual olehnya menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Iklan yang menawarkan sebuah rumah di Sleman, Pulau Jawa Indonesia dengan harga 999 juta rupiah iaitu bersamaan RM320 000.menawarkan pakej istimewa di mana pembeli rumah boleh menjadikan penjual rumah sebagai isteri.

Dalam iklan itu menyebut bahawa syarat untuk tawaran itu adalah pembeli mestilah yang serius ingin membeli dan tidak boleh berunding.



Iklan itu yang kini tersebar meluas menyebabkan pihak polis datang kerumah Wina untuk bertanyakan tentang iklan itu yang dianggap tidak sesuai ditawarkan kepada orang ramai. Wina juga merasa terkejut dan teruja kerana iklan mengenainya mendapat sambutan meluas sehingga ada juga wartawan yang datang menemubualnya.

Menurut Wina, dia terpaksa menjelaskan bahawa iklan itu bukan dikeluarkan olehnya memandangkan dia telah mengupah sahabatnya yang merupakan ejen hartanah untuk mengiklankan jualan rumahnya. Dia juga mengutarakan kepada kawannya bahawa dia ingin mencari calon suami dan berharap kawannya dapat membantu secara peribadi untuk mencari calon suami, bukan menyebarkannya di internet.

Dia menyatakan mungkin terdapat salah faham apabila dia menyatakan kepada kawannya jika terdapat pembeli yang merupakan seorang bujang atau duda yang sedang mencari calon isteri, kawannya boleh memberitahu kepadanya sebaliknya kawannya meletakkan persoalan calon suami dalam iklan jualan rumahnya.

Seorang pengguna laman sosial yang menggunakan gelaran Boldies99 memberikan komen di forum popular Kaskus dimana iklan Wina tersebar mengatakan bahawa iklan itu menunjukkan bahawa Wina adalah seorang wanita bijak kerana walaupun dia menjual rumah itu, dia tetap dapat memiliki rumah itu dengan cara menjadi isteri kepada pemilik baru disamping memperolehi wang yang banyak.

Wina menyatakan bahawa buat masa ini terdapat seorang pembeli yang berpotensi datang melihat rumah, tetapi enggan mendedahkan butiran mengenai hasil perbincangan jual beli tersebut. — EdisiRakyat.com, 4 November 2016
SEORANG gadis antara pesalah terbaru dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai selepas didapati melanggar undang-undang daerah di Aceh, satu-satunya daerah di Indonesia yang menjalankan Undang-Undang Shariah.

Gadis berumur 20 tahun itu dilaporkan dijauhkan hukuman sebat atas kesalahan berdiri terlalu hampir dengan kekasihnya.

Gadis tersebut antara 13 orang — tujuh lelaki dan enam wanita berumur antara 21 dan 30 tahun yang dikenakan hukuman sebat pada Hari Isnin di sebuah masjid di daerah Banda Aceh.



Enam pasangan didapati bersalah kerana melanggar Undang-undang Shariah yang mengharamkan pergaulan dan hubungan intim seperti sentuhan, berpelukan dan bercumbu di kalangan pasangan kekasih yang belum bernikah.

Seorang wanita yang dijadualkan untuk disebat pada hari yang sama, mendapat penangguhan hukuman kerana didapati sedang mengandung. Timbalan Datuk Bandar Aceh bagaimanapun menegaskan 'hukuman akan dilaksanakan selepas dia selesai melahirkan anak'.

Pegawai yang menjalankan tugas berharap hukuman itu akan bertindak sebagai langkah pencegahan: 'Kami harap selepas ini tiada lagi sesiapa di Banda Aceh berani melanggar undang-undang di masa hadapan.'



Wilayah Aceh yang terletak di Kepulauan Sumatera mula melaksanakan Undang-undang Shariah selepas diberikan kuasa autonomi dalam tahun 2001, sebagai langkah Jakarta menamatkan konflik berpanjangan dengan kumpulan pemisah wilayah itu.

Undang-undang Islam mula diperketatkan selepas satu perjanjian damai dimeterai dengan kerajaan pusat Indonesia pada 2005. — EdisiRakyat.com, 2 November 2016