Elak membusuk, doktor tampal tangan kudung di buku lali sebelum dirawat


TANGAN seorang lelaki yang kudung ditampalkan di buku lalinya untuk mengelakkan sel-sel dan tisu pada tangan itu mati dan membusuk.

Satu kemalangan industri yang berlaku ke atas Xiao Wei, di Changde, Selatan China bulan lalu telah mengakibatkan tangan kanannya kudung.

"Saya tergamam ketika kemalangan itu, sehinggalah rakan sekerja mematikan mesen dan mengambil tangan saya yang kudung sebelum saya dihantar ke hospital" katanya. 

Selepas kira-kira tujuh jam kemalangan, doktor mengesahkan bahawa tangan Wei boleh disambung semula, namun perlu menunggu kecederaan lain akibat kemalangan yang dialami sembuh.

Bagi mengelakkan sel-sel pada tangan yang kudung itu daripada mati dan membusuk, doktor mengambil keputusan untuk menampalnya di buku lali Wei sebelum pembedahan penyambungan semula dilakukan. 
Selepas sebulan dari masa kejadian tersebut, doktor telah menjalankan pembedahan penyambungan, dan berharap tangan Wei akan kembali berfungsi sepenuhnya — EdisiRakyat.com

Post a Comment

Previous Post Next Post