Laporan polis: Mat Zain dakwa Shafee Abdullah menipu

DATUK Mat Zain Ibrahim membuat satu laporan polis terhadap peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) atas dakwaan bahawa afidavit difailkan peguam Umno itu kepada mahkamah rayuan mengandungi fakta yang tidak tepat dan merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang. 

Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah itu membuat laporan polis di Balai Polis Setapak tengah hari semalam lapor The Malaysian Insider. 

Shafee minggu lalu memfailkan affidavit di Mahkamah Rayuan sebagai respon kepada permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menolak peguam Umno itu daripada mewakili Putrajaya sebagai timbalan pendakwaraya di dalam permohonan kerajaan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat ll.

Dalam laporan polisnya, Mat Zain mendakwa Shafee telah melakukan sekurang-kurangnya dua kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu membuat kenyataan palsu di dalam affidavit dan menyembunyikan bukti material dengan niat memperdaya mahkamah — EdisiRakyat.com 
http://edisirakyat.com

Post a Comment

Previous Post Next Post