Pengusaha bas ugut henti operasi jika SPAD halang kenaikan tambang

PERSEKUTUAN Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) mengugut untuk hentikan operasi jika Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil tindakan perundangan terhadap langkah menaikkan tambang bas sekolah sehingga 40 peratus sekarang lapor Berita Harian.

Memetik kenyataan presiden PPPBSM, Amali Munif Rahmat, dilaporkan sebagai berkata walaupun sedar tindakan itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM500,000 di bawah Akta Persaingan, mereka tiada pilihan untuk menampung kerugian sedia ada.

Pengusaha bas sekolah terpaksa menaikkan tambang bas sehingga 40 peratus akibat dari kenaikan harga diesel oleh kerajaan sebelum ini yang menyebabkan peningkatan kos operasi.

Mulai semalam tambang bas sekolah telah dinaikkan sebanyak 40 peratus di seluruh negara. 

Ini menjadikan kadar tambang bas sekolah meningkat kepada RM38.70 bagi kilometer pertama berbanding RM27.43 sebelumnya bagi bas sekolah di bandar, dan RM20.61 kepada RM28.85, di luar bandar — EdisiRakyat.com 



Post a Comment

Previous Post Next Post