Bughah: NGO Jingga 13 buat laporan polis terhadap Harussani

SEBUAH NGO, Jingga 13 hari ini membuat satu laporan polis terhadap mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria atas kenyataannya yang disifatkan menghasut rakyat kepada perbuatan jenayah serta mengancam keselamatan awam.

Laporan Polis yang dibuat oleh Ketua Koordinator NGO itu, saudara Fariz Musa di IPD Dang Wangi pada pukul 11:42 pagi tadi mahu pihak polis mengambil tindakan segera ke atas Harussani dan menjalankan siasatan di bawah seksyen 503 dan 505 kanun keseksaan.

Jingga 13 menyifatkan kenyataan mufti Perak itu sebagai berunsur hasutan dan dorongan agar rakyat melakukan keganasan, kecederaan termasuk pembunuhan terhadap peserta Himpunan Turun yang berlangsung pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 

Portal Malaysiakini semalam menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang menggelarkan peserta Himpunan Turun sebagai 'bughah' iaitu pemberontak yang patut ditangkap kesemuanya dan halal darah mereka.

Pihak berkuasa telah mengistiharkan Himpunan Turun yang dianjurkan sebagai protes kepada kenaikan kos sara hidup rakyat di Dataran Merdeka itu sebagai sebuah perhimpunan haram yang mahu menggulingkan kerajaan — EdisiRakyat.com 




Post a Comment

Previous Post Next Post