PKR Selangor Gesa Khalid Perjelas Penyerahan Air Negeri kepada Kerajaan Pusat

Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor yang bermesyuarat malam tadi menuntut penjelasan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan berhusung isu penyerahan industri perkhidmatan air negeri kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Ini berikut cadangan Abdul Khalid pada 8 Januari lalu untuk melantik dua pentadbir syarikat konsesi air bagi menguruskan perjalanan syarikat itu sebagai syarat untuk kerjasama penuh dengan Kerajaan Pusat jika pengambilan berlaku menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA).

Antara nama yang dicadangkan kepada SPAN adalah Ketua Pegawai Eksekutif MBI yang juga bekas Setiausaha Politik Khalid, Faekah Husin dan Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Suhaimi Kamarulzaman.

Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor, Amirudin Shari yang ditemui selepas mesyuarat malam tadi berkata PKR Selangor akan turut menulis surat bantahan kepada Biro Politik Pusat untuk menyatakan pendirian PKR Selangor yang tidak bersetuju dengan penyerahan itu.

Sementara itu, isu kenaikan harga lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan isu pengguguran Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, YB Azmin Ali daripada PKNS turut dibincangkan dalam mesyuarat semalam menurut Amirudin.

Azmin walau bagaimanapun enggan mengulas isu pengguguran beliau daripada PKNS malam tadi dan hanya mengucapkan selamat malam kepada media yang hadir.

Post a Comment

Previous Post Next Post