Rakyat tidak perlu gentar dengan momokan pemerintah untuk turun berhimpun — ADUN Batu Caves

RAKYAT tidak perlu gentar dan gerun dengan momokan pemerintah yang sering menggunakan akta Perhimpunan Aman untuk menakut-nakut dan menafikan hak kebebasan berhimpun yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kata ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari (gambar) dalam satu kenyataan kepada EdisiRakyat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan mahkamah Syesen Kuala Lumpur yang membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, saudara Azmin Ali dan empat yang lain di atas semua tuduhan mengambil bahagian dalam Himpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur, 28 April 2012.

Amiruddin turut mengalu-alukan keputusan Mahkamah sambil menyifatkan penghakiman itu merupakan satu isyarat yang baik buat rakyat, secara tidak langsung membuktikan bahawa peruntukan yang termaktub di dalam Akta Perhimpunan Aman 2011 adalah bersifat auokratik dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan yang menjamin kebebasan berhimpun.

Penghakiman Mahkamah Rayuan minggu memutuskan bahawa perintah majistret sebelum ini yang melarang perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai tidak sah, maka Hakim Ahmad Bache di dalam penghakiman hari ini memutuskan bahawa pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar dan saudara Azmin serta empat yang lain sebagai tidak berasas — EdisiRakyat.com 




Post a Comment

Previous Post Next Post