Kadar tol tidak naik tahun ini, kerajaan bayar RM400 juta pampasan kepada konsesi


KADAR tol di seluruh negara dilaporkan tidak akan dinaikkan tahun ini, demikian diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Sebaliknya, kerajaan akan membayar RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Muhyiddin dilaporkan juga sebagai berkata, kabinet memutuskan bahawa kerajaan perlu berunding dengan syarikat konsesi untuk memastikan perjanjian konsesi boleh disemak semula dan mengekalkan kadar tol sekarang. 

Oleh itu, menurutnya, tidak akan ada sebarang kenaikan tol pada tahun 2014 seperti yang diwar-warkan. Muhyiddin memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas mengenai kos kehidupan di Putrajaya. 

Berita mengejut ini menimbulkan spekulasi bahawa keputusan itu dibuat susulan Pilihanraya Kecil Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac 2014. — EdisiRakyat.com

Post a Comment

Previous Post Next Post