Muat naik gambar terkangkang, Shila Amzah dikecam peminat


GARA-GARA memuat naik gambar aksi terkangkang di laman instagram miliknya, penyanyi terkenal Shila Amzah menerima kecaman peminat.


Rata-rata peminat di laman instagram menegur beliau kerana menyifatkan gambar tersebut sebagai tidak sopan dan memalukan lebih-lebih lagi penyanyi tersebut kini tampil dengan imej bertudung. 

Shila bagaimanapun tidak lama selepas itu menjelaskan bahawa gambar yang dimuat naik oleh beliau adalah salah satu daripada pergerakan dalam senaman Yoga. 

Shila turut memuat naik info grafik contoh pergerakan senaman Yoga bagi menjelaskan kedudukan sebenar gambar yang mencetuskan kontroversi itu.


Sebilangan peminat berpuas hati dengan penjelasan tersebut manakala sebahagian lagi masih tidak dapat menerima tindakan artis kesayangan mereka itu. — EdisiRakyat.com

Post a Comment

Previous Post Next Post