SEORANG wanita ditinggalkan di dalam tandas restoran makanan segera 'Burger King' beberapa jam selepas dilahirkan pada 15 September 1986.
Katheryn Deprill, 27 tidak pernah bertemu dengan ibunya selepas itu.
Bagaimanapun pada 2 Mac lalu, Katheryn melancarkan satu gerakan mencari ibunya itu melalui laman sosial facebook.
Gambar dimuat naik di halaman facebook yang menerima lebih 30,000 perkongsian berjaya menarik perhatian ibunya.
Ibu kandungnya yang enggan dikenali itu menghubungi Katheryn melalui seorang peguam untuk mengaturkan sebuah pertemuan dengan anak perempuannya yang terpisah lebih 27 tahun.
Katheryn dikenali sebagai 'Bayi Burger King' selepas ditemui di Allentown, Pennsylvania hanya beberapa jam selepas dilahirkan.
Peguam kepada ibu kandung Katheryn dilaporkan berkata pada umur 16 tahun, ibu Katheryn telah dirogol ketika melancong ke luar negara.
Dia dikatakan menyembunyikan kandungannya daripada pengetahuan keluarga, malah tidak pergi ke hospital semasa melahirkan Katheryn. — EdisiRakyat.com
Post a Comment