Banjir Sabah: 300 terperangkap di Membakut

‎SEKURANG-KURANGNYA 300 orang dilaporkan terperangkap di Membakut, berikutan keadaan banjir hari ketiga di kawasan barat daya daerah Beaufort, Kota Kinabalu itu yang semakin buruk Usaha menghantar bantuan makanan kepada penduduk Kampung Sinoko dan Kampung Bambangan yang terkandas giat dijalankan memandangkan ‎pihak penyelamat sebelum ini gagal melepasi halangan arus deras dari Bukit Crocker.

Ramai orang dilaporkan dilihat sedang menanti bantuan dari atas bumbung rumah di Kampung Sinoko, kebanyakan kenderaan pula dilaporkan sudah ditenggelami air.‎ Timbalan Ketua Polis Beaufort, Mustaffa Maarof Mustaffa berkata, pihaknya sedang cuba menggunakan trak tentera untuk menghantar bantuan berikutan helikopter tidak dapat digunakan kerana keadaan cuaca yang amat buruk.‎

Dianggarkan 1,685 penduduk sekitar Membakut terperangkap secara tiba-tiba awal pagi semalam apabila air bah meningkat secara mendadak di 14 buah kampung. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meminta penduduk segera meninggalkan kawasan mereka sebaik sahaja diminta berbuat demikian. ‎ Kebanyakan kawasan di sekitar Membakut kini ditenggelami air. Banyak jalan-jalan yang menghubungkan kampung-kampung dan pekan lama dilaporkan berubah menjadi sungai.‎ Lebih 12 buah sekolah dilaporkan turut mengalami banjir.


Stesen Keretapi Membakut dilaporkan terpaksa ditutup berikutan landasan laluannya terjejas akibat ditenggelami air‎ — EdisiRakyat.com

Post a Comment

Previous Post Next Post