Tragedi kren tumbang: 8 Jemaah Haji Malaysia gagal dikesan


DALAM satu kenyataan, Tabung Haji (TH) mengesahkan bahawa 2 lagi Jemaah Haji Malaysia gagal dikesan selepas semakan dari bilik ke bilik dibuat sejak semalam di kesemua 9 penempatan yang menempatkan mereka. ‎

Ini menjadikan jumlah yang gagal dikesan setakat ini seramai 8 orang sejak tragedi berdarah, kren pembinaan tumbang di kawasan kawasan Masjidil Haram dipercayai akibat cuaca buruk dan tiupan angin kencang yang mengorbankan 100 yang lain. 

 ‎"Dua jemaah yang dilaporkan hilang itu ialah Abdul Muluk Ishak, 71 berasal dari Pantai Remis, Perak dan Susiah Suar, 56 dari Gunung Besout 2, Sungkai Perak" menurut kenyataan itu yang dipetik di Mekah — EdisiRakyat.com,‎ 12 September 2015

Post a Comment

Previous Post Next Post