10 cara penjagaan mata agar kelihatan sihat dan bersinar

PENJAGAAN mata agar kelihatan sihat dan bersinar memerlukan kesedaran dari diri sendiri. Ramai wanita peduli kepada kecantikan wajah tetapi hanya fokus kepada kecantikan kulit dan tidak mempedulikan mata yang kelihatan lesu dan tidak bersinar.




Ibarat kata pepatah "dari mata turun ke hati" menunjukkan betapa mata yang cantik dan bersinar mampu menawan hati. Apabila seseorang memandang wajah kita, pandangan pertama mereka lebih tertumpu kepada mata.

Mata juga perlu dijaga kerana ia merupakan pancaindera yang sangat penting untuk kehidupan seharian. Janganlah kita abaikan kesihatan mata dan menyedarinya setelah penglihatan kita semakin teruk dan keadaan mata yang semakin rosak.

Ada beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk menjaga kesihatan mata anda, antaranya:

1. Memakan sayuran hijau

Sayur-sayuran sangat penting dalam diet harian anda. Selain kaya dengan pelbagai vitamin, ia merupakan makanan yang kaya dengan antioksidan terutamanya sayuran hijau.

Khasiat antioksidan yang terkandung dalam sayuran hijau ini mampu membekalkan nutrien keseluruhan tubuh anda dan ke bahagian mata anda.

Kesannya, bukan sahaja mata anda kelihatan sihat dan segar, malah anda akan kelihatan awet muda.

2. Tidur yang mencukupi

Tidur yang mencukupi sangat penting untuk menyegarkan hari anda. Terdapat kajian menyatakan wanita yang mendapatkan tidur yang mencukupi membuatkan wanita kelihatan lebih cantik dan awet muda. Mata anda pasti akan kelihatan segar dan bersinar kerana mendapat rehat yang cukup.




3. Lakukan pemeriksaan mata secara berkala

Anda kerap kali menggunakan alasan sibuk untuk soal kesihatan anda. Selagi sesuatu fungsi badan yang terganggu tidak menyakitkan anda, ia akan dipandang remeh sehingga menjadi semakin teruk.

Hentikan sikap sambil lewa anda dan lakukan pemeriksaan mata berkala sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memastikan tahap kesihatan mata anda.

Dengan cara ini, anda akan dapat mengesan lebih awal jika terdapat masalah pada mata anda dan membuat rawatan awal. Ini dapat menyelamatkan dan melindungi pancaindera anda.

4. Gunakan bahan semulajadi untuk menyegarkan mata

Anda pasti berasa rimas apabila melihat mata anda yang sembap dan lebam setiap kali anda melihat cermin.

Anda boleh mengatasi cara ini dengan amat mudah tanpa membelanjakan wang yang banyak. Untuk mata yang cantik dan kelihatan segar, ambil hirisan timun dan letakkan di atas mata sepanjang malam ketika tidur.



Selain itu, anda juga boleh menggunakan uncang teh yang telah digunakan dan diletakkan di atas mata lebih kurang 10 ke 15 minit untuk menjadikan mata anda kembali segar setelah seharian bekerja.

5. Berhenti merokok

Merokok bukan sahaja mengganggu kesihatan paru-paru dan menyebabkan kanser, malah boleh merosakkan saraf optik anda.

Tabiat merokok ini bukan bukan sahaja tertumpu pada lelaki, malah juga melibatkan wanita. Malangnya, amalan buruk ini memberi kesan bukan sahaja pada si perokok, tetapi pada orang yang terkena asap rokok termasuk anak kecil.

Jika anda sayangkan diri anda dan orang sekeliling anda, anda perlu menghentikan tabiat ini sebelum terlambat.

Berhenti merokok bukan sahaja menyelamatkan nyawa anda dan orang sekeliling, tetapi juga menyelamatkan poket anda. Anda dapat berjimat dengan banyak dengan berhenti merokok.

6.Gunakan penanggal mekap

Mata adalah sangat sensitif kepada bahan kimia. Bahagian keliling mata juga sangat sensitif jika disentuh dengan kasar.

Pemakaian mekap yang terlalu lama mungkin akan menyebabkan mekap anda luntur dan memasuki mata.

Jika anda perlu memakai solekan di wajah dalam tempoh yang lama, pastikan anda mengenakan solekan yang ringan dibahagian mata.

Untuk membersihkan wajah anda pastikan anda menggunakan penanggal mekap supaya tiada sisa bahan kimia yang tertinggal di wajah anda yang boleh merosakkan bahagian mata anda.

Gunakan kapas dan sapukan penanggal mekap dengan perlahan di bahagian mata agar tidak merosakkan sel kulit di keliling mata yang boleh mengakibatkan kulit mata menjadi kedut.

7. Gunakan krim mata yang sesuai

Jangan kedekut untuk membelanjakan sedikit wang untuk membeli krim kecantikan untuk rawatan mata.

Terdapat pelbagai jenis krim di pasaran untuk rawatan mata yang boleh anda aplikasikan ke daerah mata anda setiap malam sebelum tido.




Carilah krim mata berasaskan organik yang membekalkan nutrien yang baik untuk kesihatan mata anda.

8. Rawatan mata di spa

Selain daripada rawatan wajah dan badan, tidak salah jika anda membelanjakan sedikit wang anda untuk membuat rawatan mata di spa.

Terdapat pakej rawatan di pusat kecantikan dengan harga yang murah untuk memanjakan diri anda. Apa kata sekali sekala rehatkan diri anda dan luangkan masa untuk tetapi kecantikan.

Rawatan mata di spa menggunakan membuatkan mata kusam kembali segar begitu juga kulit di bahagian itu. Dengan rawatan mata, kulit mata anda akan kembali tegang dan tampak segar.

9. Jangan menatap komputer terlalu lama

Zaman teknologi kini menuntut pekerjaan yang memerlukan anda menghadap skrin komputer berjam-jam lamanya.

Ia membuat mata kita berasa letih dan mengganggu kesihatan mata. Anda perlu mencuri masa untuk merehatkan mata yang penat dalam waktu bekerja.





Caranya adalah dengan mengesan isyarat yang diberi oleh mata yang penat. Mata yang letih dan memerlukan rehat adalah apabila mata anda terasa pedih dan tidak menyenangkan.

Jika anda mendapat isyarat dari mata anda, eloklah anda berada berehat seketika daripada terus menghadap komputer.

Pandanglah ke kawasan pokok hijau atau gambar yang mendamaikan untuk merehatkan mata anda.

10. Pakai kaca mata hitam

Pemakaian kaca mata hitam bukan sahaja untuk menampilkan gaya, tapi lebih bertujuan untuk melindungi mata anda.

Tahukah anda, sinaran UV dari pancaran matahari boleh meningkatkan risiko menghadapi masalah katarak dan melanoma.

Bagi melindungi mata anda, eloklah anda memakai kaca mata hitam yang mempunyai perlindungan UVA dan UVB terutamanya ketika sedang memandu atau melakukan aktiviti luar. — EdisiRakyat.com, 14 Februari 2017


2 Comments

  1. bolehkah mata kita yg layu akibat merokok akan menjadi segar semula selepas berhenti merokok?

    ReplyDelete
  2. Nama saya Elang Endah Saya seorang wanita bisnis di Indonesia dan saya bepergian ke negara lain karena bisnis, saya beberapa waktu yang lalu saya memiliki kemunduran dalam bisnis saya karena seseorang yang saya percayai begitu banyak berbohong kepada saya dan mengambil banyak uang saya. modal dengan harapan mengirimi saya barang. Saya mulai mencari bantuan dan seorang teman memperkenalkan saya ke Arab Credit Group Beberapa bulan yang lalu, saya takut karena cerita yang saya dengar tentang pinjaman online sebelumnya, tetapi saya berkata pada diri sendiri bahwa saya harus mencobanya, setelah menyelesaikan semua persyaratan yang saya miliki. pinjaman sebesar 700jt telah ditransfer kepada saya dan hari ini saya sepenuhnya kembali ke bisnis, jika Anda memiliki tantangan keuangan atau Anda mencari modal untuk memulai bisnis Anda sendiri di sini adalah kesempatan Anda, jika mereka dapat membantu saya tahu mereka akan membantu Anda juga . hubungi Arab Credit Group hari ini dan Anda akan senang melakukannya.

    Detail saya

    nama: Elang Endah
    email: elangendah7@gmail.com

    hubungi Arab Credit Group menggunakan.

    Perusahaan: Arab Credit Group
    Email: Arabcreditgroup@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post