Kemalangan semalam, 1 maut dan tiga cedera parah libatkan 3 kenderaan

SATU kemalangan ngeri berlaku membabitkan sebuah bas dan dua kenderaan lain yang berlaku di KM 271.7 lebuh raya Utara-selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Kemalangan ini mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di bahagian badan dan kepala manakala ibu, bapa dan adik perempuannya nya cedera parah dan dihantar ke hospital Tuanku Jaafar untuk menerima rawatan.



Menurut sumber kosmo, kemalangan itu berpunca dari bas ekspres yang hilang kawalan lalu merempuh kereta jenis  Honda BRV pelbagai guna(MPV) dinaiki mangsa bersama ibu bapa dan adik perempuannya yang dalam perjalanan dari Rembau menuju ke Taman Medan Petaling Jaya.

Bas itu turut merempuh sebuah lagi kenderaan jenis MPV Toyota Estima yang dipandu Ng Keng Leong, 51 yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Klang ,Selangor.

Menurut Ng ketika ditemubual oleh Kosmo dipetik sebagai berkata, dia sedang memandu di lorong kedua dari kiri sebelum mengelak kereta Honda yang dinaiki mangsa yang berhenti tiba-tiba di lorong sama.



Bas ekspres yang berada di belakangnya gagal memberhentikan kenderaan lalu merempuh kedua-dua kenderaan.

Ng bersyukur dia dan empat ahli keluarga yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Azrul Hisham Mohd Shafie ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Kes akan disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — EdisiRakyat.com, 25 April 2017.

Post a Comment

Previous Post Next Post