Mangsa rogol pusat judi haram tampil ceritakan detik kejadian

BARU-BARU ini tular di laman sosial sebuah rakaman CCTV kejadian samun dan rogol di sebuah pusat judi haram yang hangat menjadi buah mulut orang ramai.

Kejadian yang berlaku Khamis lalu menjadi tanda tanya kerana mangsa rogol tidak tampil membuat laporan polis menyebabkan kes itu menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Selasa lalu, wanita warga Indonesia berusia 33 tahun ini akhirnya tampil membuat laporan setelah beberapa hari menyembunyikan diri di rumah seorang teman dia selatan tanah air kerana takut apabila dokumen pengenalan diri dan perjalanannya di larikan kedua-dua suspek selepas melakukan jenayah samun dan rogol itu.



Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias dipetik sebagai berkata, mangsa memberitahu ketika kejadian dia bersama seorang lagi rakan sekerjanya warga Bangladesh berada di pusat judi tersebut.

Kedua-dua suspek kemudian masuk ke dalam kedai yang ketika itu tiada pelanggan lain, sebelum mengacukan pisau kepada mereka dan menyamun rakan sekerjanya sebelum merogol mangsa bergilir-gilir.

Suspek juga merampas merampas dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan mereka
sebelum melarikan diri.

Mangsa akan dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh.

Susulan kes itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 26 tahun kira-kira jam 5.30 petang di Kuala Selangor Ahad lalu yang mempunyai rekod jenayah samun lampau di Lembah Klang.

Seorang lagi suspek sedang diburu bagi membantu siasatan berhubung kes ini.

Polis juga sedang menyiasat premis judi tersebut di mana berdasarkan penemuan pihak polis ia telah beroperasi selama sebulan, tambah ACP Megat Mohamad Aminuddin.

Pemilik kedai itu tampil membuat laporan polis Sabtu lalu di Balai Polis Kinrara susulan menyedari tersebarnya rakaman jenayah yang berlaku di premis miliknya.— EdisiRakyat.com, 19 Mei 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post