Saya sekadar penuhi tuntutan Fardhu Kifayah — Pemilik dobi "Mesra Muslim"

PEMILIK kedai dobi kontroversi "hanya untuk Muslim" di Muar, Johor dilaporkan mahu memenuhi permintaan pelanggan-pelanggannya ketika dia mengambil keputusan untuk menghadkan pelanggan perniagaannya hanya kepada orang-orang Islam.

Ahli perniagaan berusia 40 tahun itu, yang tidak mahu namanya didedahkan berkata ia merupakan keputusan perniagaan, dan dia telah mempertimbangkan respon balas daripada pelanggan-pelanggannya yang mana 90 peratus adalah orang-orang Islam.

Katanya lagi dia akhirnya membuat keputusan meletakkan papan tanda di kedai dobi layan diri di Jalan Junid, Taman Seri Cempaka, Muar hanya untuk pelanggan-pelanggan Islam kerana dia mahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai peniaga Islam dan memenuhi keperluan kebanyakan orang-orang Islam.

"Saya sudah pergi ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk bertanya kepada mereka sama ada boleh jika saya meletakkan papan tanda seperti itu di premis perniagaan saya, dan orang di pejabat kementerian kata boleh,"

"Saya memulakan kedai dobi layan diri sejak setahun setengah yang lalu, pada waktu itu saya tidak letakkan sebarang papan tanda lagi sebab saya masih baru dalam perniagaan ini.

"Tetapi saya sudah lama menyimpan hasrat untuk membuka satu kedai dobi yang mesra Muslim."

"Saya mengambil keputusan untuk meletakkan papan tanda 'Mesra Muslim' sejak 10 hari lalu hanya selepas menerima respons balas daripada pelanggan-pelanggan saya, yang memaklumkan tentang kebimbangan mereka tentang najis yang bercampur di dalam ruang basuhan"

"Pelanggan-pelanggan saya bimbang tentang perkara itu, mereka bimbang sama ada pakaian-pakaian yang sudah dihantar ke dobi boleh dipakai ketika solat ataupun tidak,"

"Saya juga mendapat inspirasi dari sebuah artikel yang saya baca di dalam majalah Al-Islam baru-baru ini tentang keperluan untuk mempertahankan ajaran Islam terutama berkaitan dengan kebersihan."

"Saya sudah mempertimbangkan semua perkara ini sebelum mengambil keputusan untuk menghadkan pelanggan-pelanggan saya kepada hanya orang-orang Islam," katanya seperti yang dipetik oleh NST diluar kedai dobi miliknya.

Ahli perniagaan kelahiran Muar, Johor itu, yang tidak mahu isu itu diperdebatkan lebih lanjut, berkata dia akan terus teguh mempertahankan keputusannya dan berharap masyarakat akan faham pilihannya sebagai seorang ahli perniagaan.

Katanya sebagai seorang Islam, dia sekadar mematuhi ajaran Islam di bawah tanggung jawab 'fardu kifayah' (tanggung jawab kepada masyarakat), dan untuk memastikan bahawa orang-orang Islam tiada fikiran syak wasangka bagi menghantar pakaian mereka ke kedai dobi layan diri.

"Ajaran Islam menetapkan bahawa terdapat tiga tahap najis, dan setiap orang Islam patut tahu perkara ini, dan mereka akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan najis seperti ini daripada bercampur di dalam tempat basuhan."

"Tapi langkah berjaga-jaga ini, mungkin tidak dipeduli oleh orang bukan Islam," katanya.

Katanya lagi sejak menetapkan peraturan itu di premis perniagaannya dan meletakkan papan tanda sejak 10 hari lalu, perniagaannya tidak menunjukkan sebarang penurunan atau peningkatan dari segi jumlah pelanggan.

"Ketika saya mula meletakkan papan tanda itu, saya menjelaskan alasan-alasan saya kepada pelanggan bukan Islam, yang datang ke kedai dan mereka tidak kisah dengan perkara itu.

Malah pemilik bengkel di sebelah kedai saya juga bertanya tentang papan tanda tersebut, tapi dia nampak tiada masalah dengannya juga.

"Tidak ada masalah kepada pelanggan-pelanggan bukan Islam kerana terdapat satu lagi perkhidmatan dobi layan diri terletak 300m dari sini, dan terdapat tiga atau empat lagi dobi layan diri di bangunan kedai sepanjang Jalan Junid."

Katanya lagi, apa yang dilakukannya adalah betul seperti kata Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsudin seperti yang dipetik oleh Malay Daily yang menyokong inisiatif diambil oleh peniaga Muslim. Papan tanda di pintu masuk dobi berkenaan bertulis:

"Mesra Muslim. Dobi ini hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja atas faktor kesucian. Segala kesulitan amat dikesali. Sila tanggalkan kasut diluar."



Gambar papan tanda dan kedai dobi layan diri itu tular dan mencetuskan kontroversi di media sosial baru-baru ini.

Putera Negeri Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim mengulas tentang perkara itu di Instagram pada hari Isnin meluahkan rasa terkejut dan menyifatkan ia sebagai "terlalu ekstrem".

Datuk Seri Nazir Razak, Pengerusi CIMB Group, yang juga merupakan adik kepada Perdana Menteri juga mengulas isu itu melalui Instagram, dan menyifatkan ia sebagai amalan "menyalah tafsirkan ajaran Islam,"

Pada hari Jumaat lalu, Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin dilapor memberitahu Harian Metro bahawa beliau mengalu-alukan inisiatif yang diambil oleh pemilik dobi layan diri kerana segelintir umat Islam berasa ragu ketika menggunakan perkhidmatan dobi layan diri.

"Sekiranya ada orag mahu melakukannya, ia sesuatu yang baik kerana segelintir umat Islam ragu-ragu dengan perkhidmatan dobi layan diri."

Ditanya tentang konsep perkhidmatan dobi layan diri di dalam Islam, Tahrir berkata, perkhidmatan seperti itu perlu memastikan bahawa pakaian-pakaian adalah bersih daripada najis kecil dan berat (najis Mughalazah).— EdisiRakyat.com, 27 September 2017

2 Comments

  1. Apa bezanya ini dengan mesen pembasuh pinggan mangkok di hotel-hotel? Setahu saya, hotel2 dikehendakki oleh penguasa tuk mengadakan set pinggan mangkok dan alat-alat tuk memasak yg brlainan: satu bg makanan halal & satu lagi bg makanan tdk halal dan berikutan itu, perlu juga mengadakan pembasuh pinggan mangkuk yng berlainan? Bukan Muslim jika mahu makan makanan tidak halal, diarahkan pergi ke tmpt khas di mn disediakan makanan dan minuman tidak halal dan pinggan mangkuk khas bagi makanan tidak halal. Tukang2 masak hotel pula dikendakki menggunakan bahan2 halal dan alat2 memasak khas tuk makanan halal.

    Org boleh berkata itu melibatkn makanan tapi soal hukum menjauhi najis berat ni bukan hanya mengenai makanan. Orng yang tahu agama tentu tahu ia jg melibatkan pakaian dan kebersihan di dalam rumah. Bila-bila pun pakaian atau kapet bukan Muslim boleh trkena @ trpercik makanan, minuman dan/atau minyak haram, dan bila dimskkn ke dlm mesen pembasuh kain yang sama dengan untuk pakaian Muslim boleh menyebabkan pakaian Muslim itu terpalit dan tdk boleh digunakan untuk aktiviti2 keagamaan seperti solat.

    Jd apakah rasis dan melampau srta sesat bg peniaga tersebut menyediakn khidmat membasuh pakaian yg "syariah compliant" khas bagi Muslim sepertimana jg hotel2 dikehendakki "syariah compliant" dalam pnyediaan & penghidangan makanan halal? Boleh Majlis Fatwa Negara fatwakan itu perbuatan sesat kerana berbau rasis dan mlampau walhal peniaga itu hanya mahu mengikut kepercayaannya dan mau mmenohi permintaan org2 yg berkongsi keprcayaan dgnnya serta tiada orang lain yg benar2 trkesan buruk dgn prbuatan peniaga itu? Muslim yg tdk bersetuju tak payah guna khidmat peniaga itu & bukn Muslim boleh pergi ke kedai2 pembasuh pakaian yang bersepah di Bandar Maharani itu. Ingat bukan orang lain je yg ada hak. Peniaga itu juga ada hak selg dia tdk melanggar apa2 peraturan krjn atau undang-undang.

    Jk peniaga itu difatwakan sesat, rasis & melampau, mk sesat, rasis & melampau jglah penguasa2 yg menghendakki hotel2 menentukan penyediaan dan penghidangan makanan halal menepati syariah. Bezanya hyalh peniaga tersebut nentukan khidmat pembasuhan pakaiannya menepati syariah ats inisiatifnya sendiri mnkl penguasa2 hotel melakukannya bagi menguatkuasakan undang2 yg diluluskan oleh parlimen @ peraturan yang dibuat krjn. Maka boleh kita kata kerajaanlah yg sesat, rasis dan melampau dlm hal hotel2 tersebut?

    Jgn nanti akn ada pula org kata batalkn segala peraturan atau undang-undang yng menghendakki penyediaan & penghidangan makanan halal di hotel2 nepati syariah krn itu sesat, rasis & melampau. Pastu akn timbul pula seruan benarkan lelaki2 bukan Islam kawin dgn wanita2 Islam tpa perlu masuk Islam spt di Tunisia kerana menghalang perkahwinan mrk adalh sesat, rasis & melampau. Tidak ada kesudahan. Jadilah Islam spti mundur ke blkng dan semua kita akhirnya, terpaksa menjawab kepada Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. ada 2 kesimpulan kat sini...

    1.persijilan halal & segala kaedah2 memastikan kehalalan sesuatu di malaysia itu hanyalah bahan jenaka...

    2.ni ujian buat muslim johor..mau pilih taat pada siapa..allah atau....of course taat pada ehem ehem kan...maklumlah bangsa j...r la katakan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post