Padah isteri kantoikan hubungan intim suami, maut ditetak kekasih ibu

KEGEMBIRAAN satu keluarga berkumpul sambil minum minuman keras bertukar tragedi apabila perbualan yang santai akhirnya membawa padah apabila seorang isteri kehilangan suami akibat ditetak oleh kekasih ibu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Longgom, Pitas Khamis lalu.


Semuanya bermula apabila isteri mangsa yang ketika itu sedang mabuk bersama ibu, suami dan kekasih ibunya menceritakan bahawa suaminya sebelum ini pernah melakukan hubungan intim dengan ibunya yang berusia 61 tahun di ladang getah berhampiran.


Mendengar mengenai perkara itu membuat suspek berusia 50 tahun itu naik berang dan berlaku pergaduhan antara mereka sebelum suspek bertindak menetak suami wanita yang merupakan warga Filipina itu dengan parang dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam.


maut ditetak rakan

Kejadian itu menyebabkan mangsa dikenali Bobit, 30-an yang juga penoreh getah mati di tempat kejadian kerana kecederaan serius.


Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah dipetik dalam harian Metro sebagai berkata, mangsa maut di tempat kejadian dengan kesan tetakan di leher, perut, muka dan bawah lutut dipercayai ditetak dengan parang.


Siasatan awal mendapati suspek merupakan kenalan rapat keluarga itu dan pernah bekerja bersama mangsa di ladang sawit. Dia juga sering dilihat ke rumah itu untuk minum minuman keras, tambah Mohd Izaan seperti yang dilaporkan di Harian Metro.


Jiran yang mendengar kekecohan itu menemui mangsa berlumuran darah dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.


Mayat mangsa dihantar ke Hospial Pitas untuk dibedah siasat.


Beliau menambah bahawa usaha memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.— EdisiRakyat.com, 10 Mac 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post