15,903 pekerja diberhentikan tahun ini

BILANGAN pekerja diberhentikan majikan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini lebih rendah iaitu seramai 15,903 orang berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu seramai 31,945 orang.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran menegaskan bahawa majikan harus mematuhi perjanjian bersama atau "collective agreement" dan setiap pemberhentian pekerja perlu mengikut lunas undang-undang jika tidak mahu tindakan tegas diambil.

TAG

"Kita memberi arahan-arahan tertentu kepada majikan, termasuk GLC (syarikat berkaitan kerajaan), Jangan memberhentikan pekerja sewenang-wenangnya," katanya di Dewan Rakyat.

Kerajaan juga ujarnya telah memperkenalkan sistem insurans pekerjaan pada 1 Januari lalu sebagai satu bentuk perlindungan keselamatan sosial kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.

Inisiatif itu diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang diberhentikan.

Kadar pengangguran bagi suku ketiga tahun ini mencatat angka 3.4 peratus menurut M Kulasegaran an angka itu katanya tidak berubah berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Zahid Hamidi tentang manifesto Pakatan Harapan untuk menyediakan sebanyak satu juta peluang pekerjaan, Kulasegaran berkata, janji itu semestinya akan dilaksanakan dan kerajaan percaya mampu meningkatkan gaji minima sebanyak RM1,500 dalam tempoh lima tahun mentadbir.

Tambahnya kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program bagi membantu graduan mencari pekerjaan antaranya program Jobs Malaysia yang telah dinaiktaraf sebagai satu daripada projek pembangunan di bawah kementeriannya.

Turut dilaksanakan program penempatan pekerjaan 3P yang mengadakan temuduga secara terbuka. — EdisiRakyat.com, 5 Disember 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post