Khasiat Buah Tin dan petua di dalam perubatan Islam

BUAH Tin atau juga dikenali sebagai buah Ara merupakan salah satu buah-buahan yang disebut dalam Al-Quran, mempunyai pelbagai khasiat dan dijadikan petua terutamanya di kalangan pengamal perubatan Islam

Ia adalah buah yang boleh dikatakan sebagai "nature's most nearly perfect food" iaitu buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara keseluruhan.

Buah Tin

Menurut pendapat pakar-pakar pemakanan buah tin dianggap sebagai makanan nutraseutikal (functional food) kerana buah tin bukan sekadar mengandungi zat-zat yang banyak bahkan buah yang juga bermanfaat sebagai penjaga tubuh serta mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu.

Pohon tin merupakan salah satu tumbuhan herba tertinggi yang mengandungi sumber kalsium dan serat.


Menurut data USDA beberapa kesimpulan tentang khasiat kandungan buah tin adalah:

1. Kaya dengan pelbagai mineral dan serat

Hasil penelitian dalam 100 gram buah tin mengandungi 20% daripada keperluan zat serat harian tubuh kita. Daripada jumlah tersebut lebih 28% adalah jenis serat terlarut.

Buah tin kering kaya dengan serat tembaga, mangan, magnesium, kalium, kalsium dan vitamin C relatif yang diperlukan terhadap keperluan tubuh manusia.

Buah tin mengandungi khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain. Ini kerana buah tin tidak mengandungi garam, lemak dan kolestrol tetapi mengandungi lebih tinggi kalium, serat dan zat besi

2. Membantu penyakit kencing manis

Serat terlarut boleh membantu mengurangi gula dalam darah dan mengurangi kolestrol dalam darah dengan mengikatnya dalam saluran pencernaan.

Mengukur paras gula

Kandungan serat yang terdapat dalam buah tin dapat memperlahankan proses penyerapan glukosa dan usus kecil justeru buat ini sangat sesuai bagi penghidap penyakit kencing manis

3. Mengatasi masalah berat badan.

Oleh kerana buah tin kaya dengan serat maka buah tin mampu mengurangi berat badan.

4. Kaya antioksidan untuk kecantikan dan melawan kanser

Buah tin dipercayai mempunyai bahan yang dapat melawan kanser iaitu polifenol dan flavonoids.

Polifenol bertindak sebagai antioksidan yang amat penting bagi tubuh yang berperanan sebagai agen yang menghalang pembentukan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser.

Polifenol

Benzaldehid dan kumarins juga merupakan kandungan antioksidan yang terdapat dalam buah tin. Benzaldehid telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor "coumarins" digunakan untuk merawat kulit dan kanser prostat.

Dalam sebuah kajian, 40 gram bahagian buah tin kering (dua ukuran medium tin) menghasilkan peningkatan yang signifikan dalam kapisiti antioksidan plasma dalam darah.

5. Membantu meningkatkan kesihatan

Buah tin memiliki banyak khasiat terutamanya untuk kesihatan seperti membersihkan hati dan limpa mencairkan kahak dan juga menjadi satu langkah pencegahan untuk melawan racun di tubuh kita.

Ia juga bermanfaat sebagai bahan pelancar (laxative) penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).

Bagi penyakit jantung pula ara, atau buah tin menyebabkan pengurangan lipid dan pengurangan kerosakan oksidatif ke atas LDL (kolestrol) tidak baik. Satu pertanda ialah buat tin telah dikenalpasti mengandungi bahan fitosterol lanosterol dan stigmasterol yang didakwa dapat menurunkan kadar kolestrol.

Buah, akar dan daun tin digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubat penyakit seperti gastritis (ketidakhadaman, hilang selera makan dan cirit-birit) pernafasan ,(sakit kerongkong dan masalah bronkus) keradangan dan penyakit jantung.

Penyakit jantung

Kandungan serat, kalsium dan magnesium di dalam buah tin dapat mengurangkan serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi.

Secara tradisional sejak berdekad lalu, buah tin digunakan dalam perubatan herba dan diakui dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti mengubati luka-luka, kudis bernanah, selsema burung, maag, gangguan peredaran haid pada wanita dan luka akibat terbakar

Seorang pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Center menyatakan bahawa jika seseorang memakan buah tin boleh menjamin kesihatannya dalam jangka masa panjang.


Terdapat pelbagai petua untuk merawat penyakit dalam perubatan Islam iaitu:

1. Penyakit sembelit

Cara pertama:

Rendam beberapa biji buah tin kering ke dalam bekas air bersih pada waktu petang kemudian makan buah tersebut pada waktu pagi hari keesokannya serta minum air rendamannya sebelum menggosok gigi.

Cara kedua:

Masak tiga atau empat biji buah tin segar yang telah dihiris ke dalam segelas susu bersama dua belas biji kismis. Minum ramuan tersebut setiap pagi sebelum sarapan.

2. Sakit gigi

Letakkan biji buah tin pada gigi yang rosak. Buah tin akan mengatasi kerosakan gigi dan rasa sakit pada gigi tersebut.

Sakit gigi

3. Lemah usus

Hiris tujuh biji buah tin kering kemudian rendamkan ke dalam minyak zaitun bersama hirisan lemon dan biarkan selama satu malam. Pagi harinya makan hirisan ini sebelum sarapan pagi.

4. Kecantikan wajah

Kupas buah tin hancurkan dan letakkan di muka selama 1/3 jam. Setelah itu, basuh muka dengan air suam.

Wajah

5. Luka

Rebus buah tin bersama susu biasa kemudian sejukkan. Setelah itu tampal pada luka dengan menjadikan isinya mengenai liang luka.

6. Masalah penghadaman

Hiris buah tin kering menjadi kepingan dan rendam semalaman bersama berapa keping hirisan lemon dalam minyak zaitun. Makan pada waktu pagi sebelum menggosok gigi.

Penghadaman

7. Sakit atau gatal telinga

Hancurkan buah tin kering kemudian campur dengan serbuk mustard atau biji sawi dan gaulkan dengan air. Kemudian, bubuh pada telinga yang sakit.

8. Senggugut

Senggugut

Rebus 35 helai daun tin dalam 1 liter air kemudian minum rebusan tersebut berapa hari sebelum datang haid. Cara ini boleh memudahkan keluarnya darah haid dan menghilangkan kesakitan.

1 Comments

  1. Kabar Gembira Buat Para Pecinta Sepak Bola Dimanapun Kalian Berada
    Ayo Dukung Tim Favoritmu Dan Pasang Taruhanmu Sekarang
    Bolavita Bandar Sportsbook Terbesar Di Indonesia
    Nikmati Bonus Berlimpah Setiap Hari

    Mari Kunjungin Segera Website kami :
    www(titik)bolavita(titik)vip
    www(titik)sateayam(titik)club
    www(titik)pokervita(titik)live

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!!
    WA : +628122222995
    Pin BBM : BOLAVITA / D8C363CA (NEW)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post