Bukit Aman lancar "Ops Mabuk" setiap hari di seluruh negara

DALAM usaha mengurangkan kemalangan akibat pemandu mabuk, Bukit Aman dilapor telah menggandakan usaha mengesan pemandu kenderaan yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Lalulintas Bukit Aman, Datuk Azisman Alias memberitahu Malay Mail, operasi yang dinamakan sebagai "Ops Mabuk" itu kini sedang dijalankan seluruh negara pada setiap hari.

sekatan jalan raya

"Bukit Aman telah mengarahkan semua ibu Pejabat polis di seluruh negara untuk menjalankan Ops Mabuk setiap hari. Operasi itu telah dimulakan oleh polis Kuala Lumpur, dan kini telah dilanjutkan ke semua negeri-negeri di seluruh negara," katanya.

Menurutnya operasi itu telah dimulakan pada minggu lalu, tambahnya lagi anggota polis yang membuat sekatan jalan dilengkapi dengan satu alat penganalisa nafas elektronik yang dapat menguji secara terus semua pemandu kenderaan yang disyaki di bawah pengaruh alkohol.

Menurutnya, perhatian penuh diberikan kepada kes-kes pemandu mabuk yang telah mengakibatkan kecederaan parah dan kematian sejak awal tahun ini.

Kata Azisman, dalam bulan Januari tahun ini sahaja, sejumlah 316 pemandu di seluruh negara telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, dari sejumlah 3,702 ujian yang dilakukan terhadap suspek dalam 116 operasi yang dijalankan.

Sepanjang tahun lalu, 1,116 pemandu telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, dari 20,966 orang yang diperiksa dalam 911 operasi dijalankan melibatkan sejumlah 19,281 buah kenderaan.

"Berdasarkan statistik ini dan jika dibandingkan pada tahun lalu, terdapat sedikit peningkatan kes-kes pemandu mabuk," katanya.

Beliau turut memetik Kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang menunjukkan bahawa Malaysia merupakan antara 35 negara yang mempunyai kadar tinggi kemalangan akibat pemandu mabuk.

Menurutnya pihak polis harus menyelesaikan perkara ini dengan cara mengambil tindakan drastik kerana pemandu mabuk di negara ini telah menjadi masalah sosial yang serius.

Hukuman lebih berat.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng, sebelum ini dilapor memberitahu bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar denda dan tempoh penjara bagi mereka yang disabitkan bersalah kerana memandu secara berbahaya serta di bawah pengaruh sama ada alkohol atau dadah.

Beliau mencadangkan peningkatan denda sehingga RM100,000 dan hukuman penjara sehingga 20 tahun berbanding hukuman sedia ada sehingga 10 tahun.

Azisman juga merupakan antara individu yang menyokong hukuman lebih berat terhadap pemandu-pemandu mabuk dan katanya beliau telah mengusulkan satu kajian semula terhadap Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bulan lalu.

"Kami menyokong penuh Kementerian Pengangkutan dan menteri yang telah mengumum kan bahawa seksyen berkaitan pemandu mabuk untuk dipinda," katanya.

Menurut Azisman, tindakan menangani pemandu mabuk merupakan usaha pelbagai agensi, namun jabatan trafik yang dipimpinnya telah dipilih sebagai barisan hadapan di dalam menangani isu itu.

Azisman turut menasihati pemandu ada tidak memandu sekiranya berada di bawah pengaruh alkohol.

"Mudah sahaja. Jangan memandu jika kamu minum. Ini dapat mengelakkan bahaya kepada diri kamu dan orang lain,"

Dalam masa yang sama beliau turut memberi amaran kepada orang ramai, agar tidak mengambil tindakan sendiri terhadap pemandu mabuk.

"Jika anda berdepan dengan seorang pemandu mabuk di bawah pengaruh alkohol atau dadah, jangan tangani menggunakan kekerasan, sebaliknya lapor kepada pihak polis. biarkan kami mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu tidak bertanggungjawab ini mengikut undang-undang negara," katanya. — EdisiRakyat.com, 21 Febuari 2020

Post a Comment

1 Comments

  1. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Bandar: _______________ Melacca
    pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
    Sebarang notis: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, sila berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu dengan banyak peminjam palsu di internet, saya telah menipu saya hampir menyerah, sehingga saya bertemu seorang rakan yang baru saja memohon pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada legitamate AASIMAHA ADILA AHMED LOIR FIRM, saya memohon Rm1.3 juta. Saya mempunyai pinjaman saya kurang dari 2 jam hanya 1% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada mendapatkan hutang miskin. jadi saya nasihat semua orang di sini memerlukan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda.

    Pusat Aplikasi / Hubungi
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete