Bagaimana Jackie Chan ubah suai filem Bruce Lee untuk jadi terkenal

KETIKA awal pembabitannya di dalam dunia perfileman Hong Kong, Jackie Chan tidak begitu terkenal di seluruh dunia. Pelbagai cara dilakukan supaya filem lakonannya mendapat tempat di dunia barat.



Jackie Chan memulakan kerjaya sebagai pelakon lagak ngeri 'stun man' dan pernah bekerja dengan Bruce Lee dalam dua buah filem iaitu filem Fist of Fury (1972) di mana dia memegang watak kecil sebagai anak murid seni pertahanan diri Jepun, dan satu lagi filem bertajuk Enter The Dragon (1973).

Jackie Chan and Brue Lee

Jackie Chan dalam satu temubual pernah berkata: 

"Kita orang Cina tidak mampu menjadi lebih baik berbanding orang barat, kerana perkakas filem dan teknologi kita tidak cukup ke hadapan,"

"Namun jika kita mempunyai perkakas yang baik pun, kita tidak mempunyai pelakon yang cukup berbakat untuk menghasilkan filem yang lebih baik," katanya.


Oleh itu satu-satunya cara untuk menghasilkan filem yang setanding dengan filem barat hanyalah dengan melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mereka iaitu — filem kungfu cina.

Jika anda pernah menonton filem aksi yang dilakonkan oleh Bruce Lee, selalu kita lihat adengan di mana Bruce Lee dikelilingi oleh ramai musuh, sebelum satu persatu musuhnya datang menyerang sebelum ditewaskan oleh pelakon utama filem atau movie berkenaan.

Bruce Lee

Inilah pendekatan yang kerap digunakan dalam kebanyakan filem aksi Kung Fu China yang dilakonkan oleh Bruce Lee sebagai watak utama. Siapa pun yang mempunyai fikiran waras, pasti menyedari bahawa lakonan seperti itu jelas sekali tidak munasabah dan tak masuk akal.

Dalam dunia nyata, sepatutnya jika sekumpulan orang ramai mahu menyerang atau mengalahkan seseorang, tentu sekali mereka akan menyerang secara beramai-ramai dan serentak.

Menyedari perkara itu, Jackie Chan mengambil inisiatif untuk membetulkan dan melakukan ubahsuai pendekatan yang tidak realistik itu. 

Sebab itu kalau kita lihat dalam kebanyakkan filem yang dilakonkan oleh Jackie Chan, babak atau adegan pergaduhan dilihat begitu kelam-kabut, di mana ramai musuh akan menyerang secara serentak bukan menunggu untuk masuk satu persatu selepas rakannya ditewaskan oleh musuh satu persatu.

Babak pergaduhan

Semua perubahan ini dilakukan oleh Jackie Chan dalam era pembikinan filemnya di tahun 1990 an. 

Selepas dirinya semakin dikenali di seluruh dunia, Jackie Chan menggunakan pendekatan yang lebih ekstrim, di mana semua babak aksi ngeri 'stun' dalam filem yang dilakonkannya dilakukan olehnya sendiri.

Banyak adengan yang dilakukan oleh Jackie Chan berjaya memecahkan Guinness World Record sebagai aksi paling berbahaya dilakukan dalam penggambaran filem.

Pengarah filem barat di Hollywood gemar menggunakan pergerakan kamera secara berterusan bagi menggambarkan suasana yang kacau bilau dan tegang. 


Namun di dalam penggambaran filem, sebenarnya hanya kamera tetap, yang dapat menggambarkan suatu babak pergaduhan dengan lebih jelas dan baik.

Kata Jackie Chan: "Semakin banyak penggunaan kamera bergerak, sebenarnya semakin menunjukkan seseorang pelakon itu tidak tahu berlawan,"

Maka Jackie Chan lebih suka menggunakan pendekatan kamera statik, bagi menunjukkan pergerakan sebenar lakonan yang dilakukan sekaligus dapat menunjukkan bahawa pelakon berkenaan memang benar-benar tahu berlawan.

Selain itu dalam setiap lakonannya, Jackie Chan tentu akan mengalami kecederaan akibat melakukan sendiri pelbagai babak aksi lagak ngeri.

Pernah diceritakan, tidak ada satu pun tulang di dalam badannya yang tidak pernah patah sekurang-kurangnya sekali.

Jackie Chan langsung tidak pernah menggunakan pelakon lagak ngeri bagi menggantikannya di dalam filem sebelum berumur 47 tahun.

Pengarah filem terkenal Steven Spielberg pernah bertanya kepadanya "Bagaimana kamu rakam semua ini?"

"Lari, lompat dan siap," jawab Jackie Chan. — EdisiRakyat.com, 21 Disember 2020

Sumber:
    4. Jackie Chan

Post a Comment

Previous Post Next Post