Tanda sakit buah pinggang yang perlu anda ketahui

BUAH pinggang atau ginjal adalah satu organ badan yang sangat penting yang mana berperanan menyingkirkan toksin dan bahan perkumuhan yang tidak diperlukan oleh tubuh. 


Buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik boleh mengganggu fungsi tubuh badan dan boleh menyebabkan tahap kesihatan merosot dengan cepat sekaligus boleh membahayakan nyawa. Keadaan ini disebabkan keracunan dalam darah yang disebut 'sepsis'.

Adalah penting untuk memerhatikan tahap kesihatan kita kerana ramai orang memandang remeh keadaan kesihatan mereka kerana kesibukan dengan pelbagai aktiviti harian. 

Boleh jadi apa yang kita rasa pada saat ini merupakan petanda kepada masalah buah pinggang dan jika sebarang masalah kesihatan dikesan awal, ia boleh menyelamatkan nyawa.

ginjal

Antara simptom-simptom sakit buah pinggang adalah:

1. Perubahan pada warna air kencing

Tahukah anda bahawa buah pinggang menyingkirkan sisa perkumuhan dari tubuh badan melalui air kencing? Perubahan pada kadar kekerapan kita membuang air kecil sama anda lebih kerap atau lebih sedikit  dan kuantiti air kencing boleh menjadi petanda kepada masalah buah pinggang.

Selain itu warna air kencing perlu diambil perhatian kerana warna urin yang menjadi lebih pekat boleh menjadi petanda kepada masalah buah pinggang yang memerlukan rujukan ke doktor.

urin

2.Merasa sukar kencing dan terasa sakit

Sakit ketika kencing atau pun merasa susah untuk membuang air kencing bukan sesuatu perkara yang biasa. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing atau pun saluran air kencing dan kebiasaannya simptom ini boleh dirawat.

Tetapi awas, jika jangkitan kuman pada saluran ataupun pundi kencing ini dibiarkan, ia boleh merebak ke buah pinggang dan menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.

3. Kencing berdarah

Perkara yang menakutkan apabila anda kencing dan ia mengeluarkan darah. Kadangkala boleh disebabkan oleh jangkitan kuman ataupun batu karang.Ia boleh jadi sesuatu petanda anda mengalami penyakit yang serius atau tidak dengan merujuk ke doktor.


4 Pembengkakan

Seperti yang kita ketahui, fungsi buah pinggang adalah untuk membersihkan darah. Tetapi jika fungsi ini tidak berjalan dengan baik, petanda awal adalah berlaku penggumpalan cecair badan yang menyebabkan pembengkakan pada beberapa bahagian tubuh badan seperti buku lali, tangan dan juga muka.

Jika pembengkakan ini disebabkan oleh fungsi buah pinggang terganggu, ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang lebih teruk. Jangan abaikan simptom-simptom seperti ini dan cepat dapatkan rawatan segera.

kaki-bengkak

5. Merasa sejuk

Antara simptom lain yang boleh berlaku kepada seseorang yang mengalami masalah buah pinggang anda apabila tubuh badan merasa sejuk walaupun berada di tempat yang panas.

Ini menyebabkan mereka yang melalui perkara ini mudah demam kerana sistem imun badan sedang berlawan dengan jangkitan kuman.

6. Rasa seperti logam dan nafas berbau ammonia

Kegagalan fungsi buah pinggang boleh menyebabkan peningkatan tahap urea di dalam darah. Ini boleh menyebabkan mulut berasa seperti longkang yang pelik dan nafas boleh berbau seperti bau gas ammonia.


Urea yang berlebihan di dalam aliran darah menyebabkan ia berinteraksi dengan air liur di dalam mulut yang menyebabkan rasa logam yang pelik dan nafas berbau seperti air kencing ataupun ammonia.

7. Masalah pernafasan

Seperti yang diterangkan sebelum ini, kegagalan fungsi ginjal boleh menyebabkan pengumpulan cecair berlebihan di dalam tubuh badan yang boleh menyebabkan cecair ini terkumpul di dalam paru-paru.

Keadaan ini menyerupai simptom seperti jangkitan paru-paru ataupun pneumonia, yang boleh menyebabkan masalah pernafasan dan semput.

Masalah anemia juga boleh berlaku disebabkan paru-paru yang tersekat yang mana tidak semua oksigen yang diperlukan oleh tubuh dapat dihantar oleh saluran darah melalui paru-paru.


8. Sakit pinggang dan sakit belakang

Kesakitan di bahagian belakang berdekatan bagian ginjal biasanya perlu di ambil perhatian lebih-lebih lagi jika sakit itu merebak ke bahagian badan yang lain.

Tidak semestinya ia sesuatu yang serius. boleh jadi ia merupakan penyakit batu karang yang sangat menyakitkan tetapi boleh dirawat dengan mudah. 

sakit-belakang

Apa jua sekalipun, sebarang kesakitan yang dalam alami di dalam tubuh badan anda tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan yang terbaik adalah anda mencari tahu apa punca penyakit anda dan mendapatkan rawatan segera. — EdisiRakyat.com, 26 November 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post