Lima pengkhianatan terhadap negara paling popular di dunia

SEJARAH membuktikan bahawa dalam setiap perjuangan pasti akan ada segelintir orang yang menjadi pengkhianat. Sesiapapun pasti sukar untuk memaafkan, apa lagi melupakan perbuatan pengkhianat.

Individu yang melakukan perbuatan khianat biasanya sanggup menggadai maruah dan kemuliaan diri demi mendapat habuan, pangkat dan kuasa.

$ads={1}

Terlalu banyak kisah pengkhianatan yang berlaku di dalam sejarah dunia, tidak terkecuali juga negara kita sejak dahulu sampailah ke hari ini.

Namun dalam artikel ini saya ingin menarik perhatian pembaca kepada lima sejarah paling popular di dunia berkenaan individu yang melakukan pengkhianatan terhadap negaranya sendiri.

1. Pengkhianatan Alfred Redl kepada Austria

Alfred Redl

Alfred Redl merupakan seorang pegawai tentera Austria. Ketika peristiwa perang dunia pertama, dia telah menjual maklumat sulit tentang tentera Austria kepada pihak Soviet Union.

Alfred Redl telah membocorkan rancangan terperinci Austria untuk menyerang Serbia, di mana maklumat itu kemudiannya dijual oleh pihak Soviet Union kepada Serbia.

Alfred juga bukan sahaja telah mendedahkan identiti ramai perisik-perisik dan ejen rahsia yang dihantar oleh Austria untuk mengintip tentera Soviet Union, malah dia juga telah membekalkan pelbagai maklumat palsu kepada pasukannya sendiri berhubung kekuatan tentera musuh.

Pengkhianatan ini telah menyumbang kepada kematian lebih 500,000 rakyat Austria. Di akhir hayatnya Alfred Redl telah membunuh diri sebaik sahaja perisik Austria mengetahui bahawa selama ini dia bekerja sebagai perisik untuk Soviet Union.

2. Pengkhianatan Wang Jinwei terhadap China

Wang Jinwei

Ketika zaman sebelum pemerintahan komunis di China, negara itu menghadapi ancaman serangan daripada penjajah Jepun.

Wang Jinwei merupakan seorang ahli politik yang sering kali bertelagah dengan pemimpin terkenal Cina, Chiang Kai Shek berhubung langkah untuk berdepan dengan serangan Jepun.

Rupa-rupanya pada ketika itu pihak Jepun telah memberi tawaran kepada Jinwei untuk menjadi pemimpin 'kerajaan boneka' Jepun di Nanking (juga dikenali sebagai Nanjing), dengan syarat Nanking perlu menyerah kalah kepada tentera Jepun.

Jingwei bersetuju menyambut tawaran itu, malah dalam ucapan disampaikannya dari Tokyo menerusi stesen radio, dia memuji Jepun dan memberi jaminan bahawa China akan menyerah kalah kepada Jepun sambil mengkritik pemerintahan Komunis China.

Wang Jinwei turut menyatakan ikrar tidak berbelah-bahagi untuk berkhidmat kepada Maharaja Jepun dengan alasan bagi menghalang penguasaan Komunis dan Imperialis Barat.

$ads={2}

Pada 30 Mac 1940 Wang Jinwei dipilih mengetuai kerajaan yang digelar Regim Wang Jinwei, atau nama panggilan rasminya Kerajaan Pembentukan Baru Republik China, berpengkalan di Nanjing.

Wang Jinwei ketika itu menjadi Presiden dan Pengerusi Kerajaan Persekutuan China sehingga akhir hayatnya.

Setahun sebelum tentera Jepun menyerah kalah, Wang Jinwei telah meninggal dunia dan dikebumikan di Nanking. Para pejuang Cina akhirnya dapat menawan kembali Nanking selepas tamat perang.

Mereka beramai-ramai telah menyerang dan memecahkan keranda Wang Jinwei, malah mayatnya juga dibakar oleh mereka kerana mengkhianati mereka sebelum ini.

Wang Jinwei tercatat sebagai pengkhianat paling dibenci dalam sejarah China.

 3. Pengkhianatan Mir Jafar kepada India

Mir Jaafar

Pada pertengahan abad ke-18, Mir Jafar merupakan ketua angkatan Tentera Bengal. Namun cita-cita politiknya begitu tinggi mahu menduduki tahta dan memerintah benua kecil India itu. Jafar telah bersubahat dengan tentera British dalam Perang Plassey yang terjadi pada 23 Jun 1757.

Dalam peperangan itu, Robert Clive yang mengetuai Syarikat Hindia Timur Inggeris menentang tentera India yang diketuai oleh Mirza Muhammad Siraj-ud-daulah yang juga merupaka Nawab (pemerintah) Bengal.

Ketika itu semua orang yakin bahawa pasukan tentera India akan menang dengan mudah, kerana jumlah mereka jauh melebihi tentera British. 

Namun disebabkan oleh pengkhianatan Mir Jaafar, Syarikat Hindia Timur telah memenangi pertempuran itu.  Ini kerana, Jaafar tidak membenarkan bala tenteranya menyertai peperangan itu, sebaliknya mereka hanya melihat sahaja perang itu berlangsung.

Nawab Mirza ternanti-nanti angkatan tentera Jafar untuk menyertai peperangan itu, namun mereka tidak pernah tiba menyebabkan kekalahan teruk kepada angkatan tentera India, seterusnya British berjaya menawan seluruh benua kecil itu.

4. Pengkhianatan Harold 'Paul' Cole kepada Britain

Harold Paul Cole

Ketika Perang Dunia kedua, Harold 'Paul' Cold bertugas sebagai timbalan komander Scotland Yard iaitu pasukan polis Britain. 

Dia dianggap sebagai antara pengkhianat besar dalam peperangan itu. Antara pengkhianatan yang dilakukan olehnya ialah mendedahkan informasi rahsia jalur laluan pejuang Perancis untuk berundur kepada tentera Nazi.

Padahal dia sendiri yang membantu menyediakan jalur itu sebagai pelan kecemasan untuk berundur ketika pertempuran berlaku.

Cole juga telah mendedahkan lokasi persembunyian para pemimpin pejuang Perancis kepada sekutu Axis. Pengkhianatan itu telah menyebabkan kematian beratus-ratus pejuang Perancis.

Pihak berkuasa Perancis telah membunuh Cole dalam tahun 1946.


5. Pengkhianatan Julius dan Ethel kepada Amerika Syarikat

Ethel and Julius Rosenberg

Julius dan Ethel Rosenberg merupakan pasangan suami isteri berbangsa Amerika, yang bersimpati dengan perjuangan sosialis.

Pasangan itu telah menjadi tali barut Soviet Union dan ketika kemuncak perang dingin, mereka menjual rahsia bom atom kepada Soviet Union.

Pasangan itu juga telah merekrut lebih ramai tali barut di kalangan rakyat Amerika untuk bekerja dengan Soviet.

Dalam tahun 1950, kedua-dua mereka telah didakwa di mahkamah atas kesalahan berkonspirasi menjalankan pengintipan.

Selepas melalui perbicaraan yang panjang, kedua-dua mereka telah dijatuhkan hukuman mati di atas kerusi elektrik pada 19 jun 1953. — EdisiRakyat.com, 23 Januari 2021

Previous Post Next Post