Tiada wang punca isteri tidak setuju Herman Tino bertanding di Kajang

,

EdisiRakyat.com
‎ISTERI kepada penyanyi dangdut terkenal Herman Tino, atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 60 tidak bersetuju suaminya itu bertanding di pilihanraya kecil DUN Kajang, lapor mStar.

‎Isteri Herman, Noraini yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM dilaporkan sebagai berkata, dia tidak bersetuju dengan hasrat suaminya kerana suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat.

‎"Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik. Dia bukannya ada wang yang banyak untuk 'melayan' perkara-perkara politik macam itu.

"Saya tidak suka dia 'membakar diri' dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli.

"Sebagai isteri, saya tidak senang apabila tindak tanduknya diketawakan dan dihina pula," katanya menerusi kiriman mesej melalui aplikasi 'WhatsApp' seperti dilaporkan mStar.

Herman sebelum ini telah melahirkan hasrat untuk bertanding di DUN Kajang untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai mempermainkan undi rakyat. — EdisiRakyat.com