Ads Top

Lagi kemalangan kereta dihempap kren, dua maut

SEORANG lelaki dan seorang wanita terbunuh dalam satu kejadian ngeri membabitkan sebuah kren cerucuk statik yang runtuh dan menghempap kenderaan yang mereka naiki berdekatan tapak pembinaan, di Bandar Bukit Raja tengah hari tadi.

Abd Rahim Abd Rahman, 61 dan seorang wanita Indonesia yang dikenali sebagai Nurhayati, 56 yang menaiki Perodua Axia sedang dalam perjalanan melalui jalan Persiaran Astana menghala ke Meru ketika kren itu tuimbang di sebelah kanan jalan dan menghempap kenderaan yang mereka naiki kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Struktur kren itu menghempap bahagian depan kereta menyebabkn kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing menyebabkan mangsa maut serta-merta di tempat kejadian. Kematian mereka disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang berada di lokasi kejadian.



Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor , Mohd Sani Harul dipetik dari sumber ketika di temu bual berkata, anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor tiba di tempat kejadian lebih kurang setengah jam kemudian setelah menerima panggilan bagi menguruskan proses mengeluarkan mayat serta membersihkan tempat kejadian.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat. — EdisiRakyat.com, 4 November 2016
Powered by Blogger.