Lelaki mati akibat virus, 40 sanak saudara kena kuarantin di Hospital Tanah Merah

SEJUMLAH 40 ahli keluarga terpaksa dikuarantin selepas lelaki berusia 59 tahun, salah seorang daripada ahli keluarga itu meninggal dunia akibat serangan virus yang tidak dapat dikenal pasti.

Lelaki tersebut dilaporkan mengalami batuk dan masalah pernafasan sebelum meninggal dunia di Hospital Tanah Merah pada hari Isnin.



Anak saudaranya yang berusia 28 tahun juga dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital yang sama.

Kedua-dua mereka baru saja pulang daripada Kajang, Selangor selepas bercuti bersama-sama dengan ahli keluarga, sempena cuti Tahun Baru Cina.

Sebagai langkah untuk mengelakkan penyebaran jangkitan, doktor telah membuat keputusan untuk melakukan kuarantin terhadap 40 orang sanak saudara lelaki tersebut, yang berasal daripada Kampung Panglima Bayu.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad RaIn Ahmad Maher telah mengesahkan bahawa mereka dikuarantin di hospital berkenaan buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga dan para doktor kini sedang berusaha untuk menentukan punca jangkitan.

Seorang anak saudara berusia 23 tahun mendakwa pakciknya telah mengalami masalah pernafasan selepas dia dan keluarganya kembali daripada percutian.

"Dalam masa 24 jam seorang lagi saudara berusia 28 tahun mengalami demam dan jangkitan paru-paru," katanya.

Seorang lagi ahli keluarga memberitahu bahawa doktor telah mengarahkan mereka untuk dikuarantin selepas beberapa orang daripada mereka menunjukkan tanda-tanda jangkitan. — EdisiRakyat.com, 9 Februari 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post