Ads Top

Watak wanita berdasarkan cara berjalan


TERDAPAT cara untuk mengenali watak wanita melalui cara mereka berjalan. Sebagai lelaki, pasti anda rasa teruja untuk mengenali watak wanita pujaan anda.



Melalui kemampuan anda untuk mengenali watak wanita mampu membuat anda memahami pasangan anda dan mewujudkan keserasian antara anda berdua.

Wanita diciptakan sangat unik dan mempunyai pelbagai rahsia yang boleh dibaca dari bahasa tubuhnya. Di sini dikongsikan beberapa tips untuk anda mengenali wanita melalui cara mereka berjalan agar membantu anda lebih memahami wanita.

1. Suka menunduk ketika berjalan

Wanita seperti ini sangat susah didekati kerana mereka sangat tertutup dan perahsia orangnya. Wanita seperti ini sukar mempercayai orang dan hanya menceritakan rahsianya kepada orang yang benar-benar rapat dengannya.

Wanita seperti ini sangat sukar didekati kerana sangat pemalu dan dingin. Soal cinta bukan keutamaan bagi wanita seperti ini.

Bertuah bagi lelaki yang dapat menawan hati wanita seperti ini kerana mereka seorang yang sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Mereka akan memberi kepercayaan kepada anda sepenuh hati tetapi awas jangan lakukan kesilapan sehingga merosakkan kepercayaannya pada anda kerana ia akan membuat dia mudah ragu-ragu.

Ini pasti akan mengganggu perhubungan anda di kemudian hari.

2. Berjalan seperti Zirafah

Berjalan seperti Zirafah iaitu jalannya seperti menggerakkan badannya ke depan dan ke belakang.

Wanita seperti ini terkenal dengan jiwa yang sangat sensitif dan mudah menitiskan air mata. Anda amat bertuah jika dapat mengenali wanita seperti ini kerana mereka mempunyai naluri keibuan yang tinggi dan sangat lembut dalam tutur katanya.

Jika pasangan anda seperti ini, pastikan anda menjaga tutur kata dan perbuatan anda agar tidak mengguris hatinya.

Wanita ini sangat mudah ditawan hatinya kerana hati nya sangat lembut dan mudah tersentuh dengan perkara yang anda lakukan untuk menawan hatinya lebih-lebih lagi apabila ia menampakkan keikhlasan anda.

Mereka adalah golongan yang menyenangkan dan mampu menjadi tempat anda mencurahkan masalah anda kerana mereka mampu membuat anda berasa tenang walaupun dalam keadaan stress.

3. Berjalan seperti tidak memijak tanah

Tentu anda pernah melihat wanita yang berjalan seperti tidak memijak tanah jika dilihat dari belakang.

Wanita ini dikatakan mempunyai pelbagai sikap yang tidak digemari antaranya sangat kasar dalam berbicara sehingga menyakitkan hati orang yang mendengarnya.

Wanita yang berjalan seperti ini juga dikatakan sangat pemboros dan suka berbelanja pada perkara yang tidak perlu.

Mereka juga mempunyai sifat ego yang sangat tinggi dan tidak jujur. Jika anda mempunyai sifat seperti ini, berubahlah sebelum terlambat kerana tiada lelaki yang mampu bertahan dan bersabar dengan sikap buruk anda.

4. Pandang lurus kedepan

Wanita yang suka berjalan sambil matanya hanya tertumpu ke depan dikatakan seorang yang sangat tegas dan teguh pendiriannya.

Wanita seperti ini mempunyai matlamat yang tinggi dalam hidup, kuat semangat dan mempunyai daya juang yang tinggi.

Soal cinta bukan perkara yang boleh melemahkan mereka dan mereka merasa mampu berdikari tanpa lelaki. Oleh kerana sikapnya yang tegas, sangat sukar untuk mencapai kata sepakat dengannya kerana anda mungkin akan kerap berselisih pendapat dengannya.

Dia lebih suka mendominasi dan mengharapkan anda mendengar katanya jika anda ingin dia berasa selesa dengan anda.

Wanita seperti ini suka bergaul dengan orang yang bijak, berpengalaman dan berfikiran jauh.

5. Postur badan tegak ketika berjalan

Wanita yang berjalan dengan postur badan tegak adalah wanita yang tahu apa yang diingininya, berpendirian teguh dan sangat bertanggungjawab dalam setiap apa yang dilakukannya.

Wanita seperti ini tidak suka urusan peribadinya dicampur oleh orang lain dan lebih suka menyelesaikan masalahnya sendiri.

Mereka juga mempunyai gaya bicara yang serius dan tidak suka berjenaka agar nampak lebih profesional dan tidak mudah diperolok-olokkan.

Dalam soal percintaan, wanita seperti ini sangat suka lelaki yang pandai berdikari dan tidak terlalu menekan dalam soal hubungan dan bersikap sangat romantik pada satu-satu masa.Wanita seperti ini menjadi dambaan ramai lelaki.

6. Suka menoleh ke kiri dan ke kanan

Wanita yang suka menoleh ke kiri dan ke kanan ketika berjalan dikatakan wanita yang rambang mata. Wanita seperti ini tidak tetap pendirian dan dikatakan tidak setia dalam perhubungan.

Mereka juga dikatakan tidak jujur, suka menipu teman-teman dan suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang.

Tetapi wanita seperti ini gemar dipikat lelaki kerana beranggapan wanita seperti ini senang diatur dan menyenangkan kerana tidak terlalu sensitif dan bersikap terbuka.




7. Badan bergerak ke kiri dan ke kanan

Wanita yang berjalan seolah badan bergerak ke kiri dan ke kanan dikatakan adalah wanita yang sangat mudah.

Mereka tidak suka merumitkan keadaan dan sambil lewa dalam kehidupan seharian.

Keburukan dari sikap mereka yang terlalu santai membuatkan mereka tidak ambil peduli dengan setiap perkara dan menganggap semua masalah yang dihadapinya adalah kecil.

Kerana sikap yang terlalu mudah itu, banyak peluang yang baik terlepas, banyak masalah yang tidak selesai dan banyak perkara yang merugikan berlaku dalam kehidupannya.

Dalam soal percintaan, wanita ini disenangi kerana tidak suka membesarkan sesuatu yang kecil dan tidak mudah merajuk serta mudah serasi bersama pasangan kerana mudah dibawa berbincang.
— EdisiRakyat.com, 16 Februari 2017

No comments:

Powered by Blogger.