Tanda lelaki suka kita cuba lihat ada tak 10 perkara ini?

SIFAT dan tingkah laku lelaki semuanya hampir sama tidak kira bangsa, agama dan latar belakang. Jadi untuk mengenali tanda-tanda lelaki suka kita tidaklah terlalu rumit, kerana manusia itu memang lahir dengan persamaan yang banyak antara satu dengan yang lain.

$ads={1}

Berdasarkan pelbagai kajian yang telah dijalankan oleh ramai penyelidik dan pakar psikologi, seorang lelaki apabila menyukai atau memendam rasa terhadap seorang wanita akan cenderung untuk berubah kelakuan, dan perkara ini sangat 'obvious' dan mudah dibaca oleh orang sekeliling.

Lelaki Tampan

Namun tidak semua lelaki berani untuk meluahkan perasaannya terhadap gadis idaman, kerana keberanian setiap orang itu berbeza-beza. Manakala si gadis pula biasanya tidak akan 'membuka' langkah terlebih dahulu bimbang digelar bagaikan "perigi mencari timba".

Tapi kalau si jejaka terlalu lembab untuk membuka langkah, tidak menjadi kesalahan pun si gadis menyampaikan isyarat atau 'hint' terlebih dahulu sekaligus dapat memberikan galakan dan keyakinan kepada jejaka yang diminati.

Tapi sebagai seorang wanita yang menjaga kesopanan dan maruah gadis Melayu terutamanya, kena pastikan dulu adakah jejaka yang diminati benar-benar sukakan kita, sebelum memberikan 'hint' bak kata pepatah "tepuk sebelah tangan tidak berbunyi," 

Jangan sampai kita yang terhegeh-hegeh berikan isyarat tapi rupa-rupanya putera raja yang kita minati sampai termimpi-mimpi, hanya mahu kita menjadi sahabatnya sahaja, jangan sampai "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" kelak kita sendiri yang akan 'frust' menonggeng.

Baiklah, mari kita lihat dan teliti satu persatu tanda lelaki suka kita ataupun tidak. Lihat kepada 10 tips dan tanda-tanda ini, jika kebanyakannya positif jangan ragu dan segan, anda boleh membuka langkah segera untuk menyampaikan isyarat kepada 'si dia' yang memang sudah lama menunggu masa meluahkan perasaan kepada anda.

$ads={2}

1. Adakah si dia mengaku masih 'single' dan belum berpunya?

Jarang orang akan mengaku status dirinya kecuali ada yang orang yang bertanya. Tapi bila orang yang anda minati mengaku bahawa dirinya masih 'single'  walaupun ada tak pernah tanya, lebih-lebih lagi apabila dia berulang kali katakan dirinya belum berpunya, faham-faham sahajalah, dia nak meyakinkan anda bahawa dirinya 'available' dan bersedia untuk mencari seorang peneman hidup.

2. Interaksinya dengan anda di media sosial tak sama macam rakan-rakan yang lain.

Orang dulu-dulu kata, bila dah jatuh hati, tak dapat tengok muka tengok bumbung rumah pun jadilah. Apa lagi di zaman media sosial hari ini, jika jejaka idaman anda melayan anda dengan interaksi berbeza berbanding rakan-rakan lain di media sosial, dia sebenarnya sedang melepas rindu yang terbuku di hati. Setiap hari dia akan mencari jalan untuk menarik perhatian anda, cara paling mudah tentulah di media sosial seperti Facebook dan Twitter termasuk juga instagram.

3. Dia selalu cerita pasal anda kepada rakan-rakannya.

Kelakuan ini memang normal berlaku apabila seseorang sudah jatuh hati. Dia akan selalu bercerita tentang diri anda kepada rakan-rakannya, dia akan selalu meluahkan perasaan cinta yang mendalam terhadap anda di kalangan rakan-rakannya.

Tapi macam mana anda nak tahu bahawa dia sering bercerita tentang diri anda di kalangan rakan-rakannya? Adakah anda akan tersedak setiap kali makan sebab nama anda selalu disebut? 

Mudah sahaja, anda boleh tahu dengan cara melihat kepada tingkah laku rakan-rakannya. Biasanya kebanyakan rakan-rakan dan kenalan si dia yang anda minati akan mula menjauhi diri anda, kerana "tak mahu kacau daun". 

Dalam masa yang sama mungkin ada seorang dua di kalangan rakannya yang semakin agresif untuk mendampingi anda pula. Itu bermakna putera raja anda sudah ada 'pesaing' yang tidak mahu anda terlepas daripadanya.

4. Dia kurang menyemak telefon ketika bersama anda.

Gadis idaman sudah di depan mata, sudah tentu perkara lain menjadi tidak penting. Perhatikan tingkah lakunya, ketika anda bersamanya adakah dia masih sering melihat telefon? Jika dia benar-benar suka dan minat kepada anda, dia pasti akan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada bersama anda.

5. Dia selalu setuju dengan apa sahaja cadangan anda. Sukar untuk berkata 'tidak'

Jika jejaka idaman anda sudah jatuh hati, perkara yang paling takut dilakukan olehnya ialah kalau-kalau
Kata-kata atau perbuatannya menyinggung perasaan anda. Jadi dia akan memilih langkah selamat, untuk mengiakan atau bersetuju sahaja dengan segala cadangan anda.

Cuba buat sedikit ujian, keluarkan cadangan yang kurang masuk akal atau merapu, dan minta persetujuannya dan lihat apa reaksi yang diberikan. Kalau cadangan tak masuk akal pun dia masih bersetuju, atau mengambil masa yang lama dan pelbagai hujah untuk berkata "tidak" secara lembut maka faham-fahamlah bahawa hati dan mindanya sudah ditutupi oleh aura cinta yang anda berikan.

6. Dia ingat dan tahu perkara kecil tentang anda.

Antara sifat yang biasa dimiliki oleh lelaki ialah tidak suka atau tidak peduli dengan perkara-perkara kecil. Tapi jika si dia tahu dan peduli banyak perkara kecil tentang anda, itu tandanya dia menganggap anda seorang yang sangat istimewa sehingga tanpa sedar mengubah sifat semulajadi lelaki yang dimilikinya.

7. Dia suka mencari dan mencipta alasan supaya dapat berdua-duaan dengan anda.

Lumrah bila orang jatuh cinta tentu sekali kalau boleh setiap masa mahu bersama berdua tanpa diganggu. Jadi jika si dia sering kali mencari jalan untuk berada hanya berdua dengan anda takkan anda masih tak faham lagi.

Lagipun salah satu sebab dia berbuat begitu supaya dapat menghantar mesej kepada rakan-rakan lain terutama 'pesaingnya' bahawa dia dan anda sudah mempunyai hubungan yang 'istimewa' dan minta tidak diganggu. Kalau boleh dia nak cakap kepada semua orang "Ini awek aku, tolong jangan kacau!"

8. Sekali-sekala dia suka menyentuh anda secara kasual.

Menyentuh di sini bukanlah sentuhan yang bersifat seksual, tetapi setuhan yang kasual contohnya, bila berjalan bersama dia akan pura-pura terlanggar bahunya dengan bahu anda, terpegang tangan, dan mungkin ketika menghulurkan barang, jarinya sedikit tersentuh jari anda dan tidak keterlaluan atau ketara.

9. Penampilannya berubah ketika bersama anda.

Tentu sekali bila berada di depan pasangan yang disukai, seseorang lelaki itu akan cuba sedaya-upaya untuk tampil kemas dan tampan supaya dapat memikat gadis idamannya. Perkara ini mudah untuk dikesan, dengan cara membandingkan penampilannya sebelum dan selepas bertemu dengan anda. Nampak tak apa-apa perubahan yang ketara?

10. Lihat pandangan matanya ketika bertentang dengan anda.

Kata orang cinta itu boleh diluahkan dan dibaca melalui pandangan mata. Lihat gaya dia memandang anda sama ada ketika bercakap atau ketika merenung anda. Bandingkan pula cara dia melihat atau merenung orang lain. Tentu sekali berbeza, dari situ anda boleh mengagak perasaannya terhadap anda. — EdisiRakyat.com, 20 Januari 2021

Post a Comment

Previous Post Next Post