Keputusan PMR 2013 akan diumumkan pada 19 Dis 2013

KEPUTUSAN peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Dis ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan. 

Kementerian turut memaklumkan bahawa semua calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari tersebut. 

"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis," tambah kenyataan itu lagi.

Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini — EdisiRakyat.com

Post a Comment

Previous Post Next Post