Harga tol hanya akan dinaikkan selepas kajian mendalam oleh makmal — Najib

KERAJAAN hanya akan mengumumkan kenaikan harga tol selepas satu kajian mendalam terhadap kenaikan itu dijalankan oleh makmal.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, makmal akan mencari jalan terbaik untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh pengguna lebuhraya.

Menurutnya lagi, kerajaan belum membuat sebarang keputusan sama ada akan mengumumkan sebarang kenaikan harga tol tahun ini.

Beliau meminta rakyat menunggu keputusan kerajaan dan jangan terlalu cepat membuat persepsi buruk terhadap kerajaan terhadap isu ini.

Tambah perdana menteri lagi, jika harga tol ditangguhkan lagi tahun ini, maka kerajaan terpaksa membayar sejumlah RM404 juta kepada syarikat konsesi lebuhraya — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post