SEORANG lelaki di China, hanya memerlukan 21 minit untuk mengepam empat buah tayar kereta menggunakan hidungnya.
Nie Yongbing, 63 menggunakan kekuatan hidungnya untuk mengepam keempat-empat tayar kereta sementara 8 orang dewasa berdiri di atasnya.
Dia memegang satu salur getah, menyambungkannya ke hidung lalu menghembus udara sekuat hati untuk mengepam udara ke dalam tayar secara perlahan-lahan.
Keupayaan luar biasa Yongbing itu dirakamkan di Chengdu, di Barat Negara China.
Dia mula mengasah keupayaan luar biasa itu selepas menerima nasihat seorang doktor yang menyarankan kepadanya agar meniup belon menggunakan hidung untuk meningkatkan kesihatan.
Tiga tahun lalu dia mula mencabar keupayaan hidungnya sendiri iaitu dengan cara mengepam tayar menggunakan hidung. — EdisiRakyat.com
Post a Comment