Cenderahati provokasi: Tisu tandas jenama Chelsea FC dijual di Uzbekistan


CENDERAMATA tidak rasmi dilaporkan telah dihasilkan dan diedar oleh penyokong-penyokong Pasukan Bola Sepak Manchester United di negara Asia Tengah.

Permusuhanan yang meluas di antara peminat Liga Perdana Inggeris di Uzbekistan mencetuskan satu produk 'ejekan' terhadap peminat-peminat pasukan Chelsea, iaitu tisu tandas jenama Chelsea FC.

Produk tandas tidak rasmi itu dijual di tepi-tepi jalan di negara republik Asia Tengah, lapor akhbar tempatan.

Penyokong Chelsea di Uzbekistan menulis komen-komen di facebook, mengesyaki cenderamata tersebut dihasilkan oleh musuh mereka, penyokong Manchester United sempena pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Stamford Bridge pada hari Ahad.

Liga Perdana Inggeris sangat popular di Uzbekistan, di mana para peminat di negara itu boleh menonton ratusan perlawanan secara langsung setiap musim.

Pasaran jalanan di Negara Asia Tengah secara kebiasaannya menjual cenderahati tidak rasmi Liga Perdana Inggeris seperti skaf dan topi — namun ini merupakan kali pertama kertas tandas dihasilkan untuk para peminat di sana.

Bagaimanapun, peminat Chelsea tentu sekali kini tersenyum menyaksikan kemenangan 3-1 pasukan mereka mengalahkan Manchester United — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post