Pasangan remaja ditahan langgar beberapa buah kereta selepas lakukan seks

‎PASANGAN remaja yang dilapor melakukan seks dalam sebuah kenderaan jenis Inocom Atos, akhirnya ditahan selepas melanggar beberapa buah kereta dalam cubaan melarikan diri dari pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah, ASP Azmi Abu Kassim dipetik sebagai berkata, suspek yang kedua-dua berumur 17 tahun dilihat mencurigakan dalam sebuah kereta Inokom Atos berwarna biru ‎ketika mereka dihampiri oleh pasukan peronda sekitar jam 10:30pm di Jalan Teknologi 3/6 Kota Damansara pada malam selasa.

"Kenderaan mereka diletakkan di tempat gelap dapam kawawan perindustrian.

"Mengesyaki ada sesuatu yang mencurigakan, anggota kami menghampiri mereka, namun mereka segera memecutkan kenderaan bila diarahkan keluar daripada kenderaan." kata beliau.

Menurut ASP Azmi lagi, "kejadian kejar mengejar berakhir kira-kira setengah jam selepas itu apabila kereta yang dipandu remaja terbabit melanggar sebuah kereta jenis Honda Civic.

‎"Suspek ditahan di tempat kejadian".

"Mereka mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan sebelum dihantar ke Pusat Tahanan di Shah Alam" kata beliau lagi yang juga mendakwa beberapa buah kereta turut rosak.

Kes dilaporkan sedang dalam siasatan atas kesalahan memandu secara berbahaya dan menghalang kakitangan awam menjalankan tugas. — EdisiRakyat.com

Post a Comment

Previous Post Next Post