Pakai tudung buat saya rasa terperangkap, tersekat kata Uqasha Senrose

HEBOH sejak minggu lalu kisah artis jelita Uqasha Senrose yang kini sudah kembali ke imej lamanya, dengan tampil tidak bertudung di khalayak ramai.

Dalam satu rakaman video, Uqasha menjelaskan bahawa dirinya tidak konsistan memakai tudung malah rasa terperangkap sejak tiga tahun lalu. — YouTube



Selain itu dia merasakan tersekat untuk melakukan pelbagai aktiviti, termasuk keluar bersama adik beradiknya. 

Tambah Uqasha lagi, persekitaran kehidupannya dikelilingkan dengan wanita-wanita yang tidak bertudung dan sebagai manusia biasa, beliau merasa tidak kuat dengan dugaan itu.

Tindakan Uqasha menanggalkan tudung mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya di halaman Instagram, ada yang menentang dan ada yang memahami.

Dalam salah satu posting terbarunya di laman Instagram, Uqasha menerbitkan satu gambarnya tanpa tudung sambil menyeru para peminat menerima beliau seadanya.

"accept me for who i am..." tulisnya sebagai ulasan gambar tersebut — Edisirakyat.com 5 September 2016
Previous Post Next Post