Pelajar perempuan kena buli dalam kelas (video)

BAGAIKAN bermusim, satu lagi video rakaman buli tersebar di laman sosial facebook. Kali ini melibatkan seorang pelajar perempuan menjadi mangsa buli beberapa pelajar perempuan lain yang dipercayai rakan sekelasnya.

Dari latar belakang video tersebut, kejadian ini dipercayai berlaku di Sarawak, ini kerana kelihatan bendera Negeri Sarawak digantung pada koridor kelas tempat berlakunya kejadian buli tersebut.


Punca berlakunya kejadian buli ini tidak diketahui, namun beberapa kali pelajar perempuan yang terlibat membuli sempat memandang kamera sambil tersenyum, menggambarkan mereka mengetahui bahawa perbuatan buli itu sedang dirakam.

Tidak mustahil mereka sengaja merakam perlakuan buli tersebut sekadar untuk berseronok.

Di bawah ini video yang dimaksudkan. Sila klik untuk menonton.



Post a Comment

Previous Post Next Post