Perbualan WhatsApp wanita misteri MH370 dan wartawan The Australian tersebar

KISAH wanita misteri MH370 yang menjadi tajuk sensasi akhbar The Australian semalam mengundang pelbagai tanggapan pembaca.

Akhbar The Australian semalam menyiarkan artikel bertajuk,

"MH370's pilot friendship with mystery woman revealed" (Hubungan juruterbang MH370 dengan wanita misteri terdedah).

Ramai yang berpotensi untuk salah faham dengan cerita sebenar dalam artikel panjang lebar disiarkan oleh akhbar berpengaruh yang berpengkalan di Australia itu, terutama kepada mereka yang hanya membaca tajuk tanpa mengikuti huraian lanjut dalam artikel tersebut.

Dihujani soalan orang ramai

Bagi menjawab pertanyaan bertubi-tubi daripada masyarakat sekeling yang bertanya berulang kali tentang artikel tersebut kepada beliau, Fatima Pardi yang mendapat jolokan Wanita Misteri MH370 itu difahamkan telah menyebarkan screenshot perbualannya melalui aplikasi WhAtsapp dengan wartawan The Australian bagi menjernihkan keadaan.

Berikut perbualan yang dimaksudkan.



Terjemahan:
Hi Tim, Amanda Hodge di sini daripada Akhbar Australia. Kita ada berbual beberapa jam lepas. Boleh kami datang jumpa kamu dan anak pagi esok sebelum ke tempat kerja?

Bila masa pun tak kisah, dan kami tak mahu ambil banyak masa kamu. Kami sedang menyiapkan cerita tentang Kapten Zaharie untuk menyemak semula teori camputangan manusia terhadap pesawat tersebut dan cerita kamu tentang segala bantuan yang diberikan oleh beliau kepada kamu dan anak yang saya tak pernah baca sebelum ini.

Ia sangat penting sebagai rujukan karakter untuk seorang lelaki yang nampaknya telah dihina secara tidak adil tanpa sebarang peluang untuk membela reputasi dan legasinya.

Tolong beritahu jika kita boleh berbual.

Best

Amanda Hodge
Southest Asia Correspondent
The Australian Newspaper
Daripada screenshot ini dapat difahami bahawa, Amanda Hodge wartawan yang ditugaskan untuk melakukan temuramah telah menghubungi Fatima untuk mendapatkan maklumat.

Tajuk artikel telah disensasikan

Dalam perbualan ini, seolah-olah mereka mahu membersihkan nama Kapten Zaharie juruterbang pesawat MH370 yang telah mendapat pelbagai reputasi buruk sebelum ini akibat laporan pelbagai media antarabangsa.

Bagaimana pun, selepas artikel tersebut diterbitkan, ternyata tajuknya telah disensasikan dan ini diakui sendiri oleh wartawan tersebut. Beliau mengakui tiada kuasa untuk menentukan tajuk yang disiarkan oleh akhbar The Australian.

Perkara ini didedahkan dalam screenshot berikut.


Terjemahan:

Fatima: Amanda, boleh saya tahu apa tajuk artikel kamu? Terima kasih.

Amanda: Tajuk yang telah diterbitkan ialah Wanita misteri juruterbang MH370 seperti yang saya sudah katakan, saya tiada kuasa (bukan saya menentukan) terhadap tajuk itu.

Penerbitan artikel tersebut dengan tajuk sensasi seperti itu bukan sahaja tidak membantu membersihkan nama kapten Zaharie, malah memburukkan lagi namanya apabila kononnya dikaitkan dengan seorang wanita misteri sekaligus seperti mahu menjadikan kapten Zaharie sebagai kambing hitam dan punca pesawat malang MH370 hilang sehingga kini— EdisiRakyat.com, 8 september 2016

Post a Comment

Previous Post Next Post