Perkhidmatan bas tanpa pemandu pertama dunia mulakan operasi di Perancis

PERKHIDMATAN bas tanpa pemandu pertama dunia yang mula beroperasi di Lyon, sebuah bandar di Perancis menarik minat orang ramai untuk mengambil gambar kenderaan itu lapor portal Telegraph.

Dua bas mini berkuasa elektrik dengan kapasiti 15 orang penumpang pada setiap masa kini mula beroperasi di sepanjang laluan 10 minit perjalanan dengan lima perhentian di pusat bandar tersebut. Kenderaan itu dilaporkan bergerak pada kelajuan 10km sejam.

Selepas melalui satu tempoh percubaan tanpa penumpang di beberapa bandar lain di Perancis dan Switzland sebelum ini, percubaan seterusnya akan dijalankan di Dubai dengan bantuan sebuah syarikat dari Perancis yang membangunkan kenderaan itu.

Di Lyon, orang ramai dilihat mengambil gambar 'selfie' di sebelah kenderaan yang membenarkan penumpang untuk berdiri di bahagian hadapan sambil menikmati perjalanan 'dari kaca mata pemandu'


Kata Ketua Eksekutif, Navya syarikat yang mereka dan membangunkan bas tersebut, "Ia dilengkapi dengan penderaan-pengesan membolehkan ia mengetahui kedudukan kenderaan dengan tepat juga kemampuan mendesan sebarang kejadian yang berlaku di sekeliling bagi mengelakkan pelanggaran secara pintar"

Setiap kenderaan yang berharga RM924,140 setiap satu itu dilengkapi dengan laser dan sistem elektronik yang berupaya mengesan dan menganalisa pergerakan di sekelilingnya. — EdisiRakyat.com, 4 September 2016

Post a Comment

Previous Post Next Post