Anjing menyalak jumpa bayi dibuang dalam kotak


SALAKAN anjing membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditinggalkan oleh individu tidak bertanggung jawab di dalam sebuah kotak.

Selepas membenarkan anjing peliharaannya di kawasan halaman rumah, sekitar jam 11 pagi semalam, seorang remaja berusia 16 tahun mula mengesyaki sesuatu apabila haiwan peliharaannya itu menyalak tanpa henti kepada suatu arah.

Kejadian itu telah membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah longkang berhampiran, dalam sebuah kotak.

Remaja yang juga seorang pelajar tingkatan empat itu kemudiannya telah menghubungi pihak polis.

Bayi malang itu kini berada dalam jagaan Hospital Selayang. 

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian buang bayi ini, diminta melaporkan kepada Balai Polis terdekat, atau menghubungi nombor 0340400781. — Edisirakyat.com, 4 September 2016



Post a Comment

Previous Post Next Post