Kaki berbau, penyebab dan cara mengatasinya

ADAKAH anda mengalami masalah kaki berbau? Adakah anda dapat mengenal pasti punca kaki anda berbau dan mencari jalan penyelesaiannya?

Salah satu punca kaki berbau adalah disebabkan Tinea pedis iaitu sejenis jangkitan kulat yang bermula antara jari kaki.

Ia disebabkan pemakaian kasut yang terlalu ketat yang menyebabkan kaki berpeluh.

Tinea pedis atau boleh dikatakan sebagai kaki dimakan kulat air berkait rapat dengan jangkitan kulat lain seperti kurap dan "jock itch".

Jangan gusar kerana jangkitan kulat ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan antifungal yang dipreskripsikan kepada anda apabila anda mendapatkan rawatan di klinik.



Tetapi jangkitan ini adalah sejenis jangkitan berulang dan anda wajar sentiasa menyediakan ubatan anda untuk digunakan apabila perlu.

Kebiasaan apabila kaki anda diserang kulat, anda dapat melihat ruam merah yang bersisik di antara jari kaki anda.

Anda akan merasa sangat gatal lebih -lebih lagi setelah anda menanggalkan kasut dan stokin anda dan anda akan terbau bauan yang kurang enak dari kaki anda.

Lebih teruk lagi, ada sesetengah keadaan dimana kaki anda melepuh dan kelihatan menggelupas seperti terkena ulser.

Akibat kepelbagaian pemakaian kasut yang tidak sesuai untuk pengudaraan di kaki menyebabkan keadaan yang lebih kronik dimana kaki anda menjadi terlalu kering akibat jangkitan kulat dan menyebabkan kaki anda bersisik sehingga berjangkit ke sebelah kaki.

Kadang kala, anda menjadi keliru dan menganggap ia sebagai ekzema atau masalah kulit kering yang biasa.

Jika tidak dikesan lebih awal, jangkitan kuman ini boleh merebak ke kaki seluruh bahagian kedua-dua kaki dan tangan lebih-lebih lagi apabila anda menggaru kaki anda yang terkena jangkitan.

Ini secara tidak langsung boleh menyebabkan kuman itu tersebar kepada orang lain apabila tangan anda yang membawa kuman itu menyentuh permukaan yang juga disentuh oleh orang lain.

Antara cara-cara mengatasi jangkitan kulat yang menyebabkan kaki anda di makan air adalah:

1. Rawat kaki anda dengan segera apabila merasa ada yang tidak kena. Segera dapatkan rawatan untuk mendapatkan krim yang sesuai untuk kulat kaki anda

2. Sentiasa pastikan kaki anda kering dan tidak berpeluh terutamanya di antara jari kaki anda.

3. Kerapkan pemakaian kasut yang memberi kaki anda pengudaraan yang baik dan minimakan pemakaian kasut bertutup.

4. Pastikan kaki anda benar-benar kering sebelum memakai kasut bertutup agar dapat meminimakan kawasan gelap dan lembap yang boleh menggalakan pertumbuhan bakteria.

5. Pakai sarung kaki yang diperbuat daripada bahan semula jadi, kapas atau bulu, atau gentian sintetik yang direka untuk menarik lembapan dari kaki anda.

6. Jika kaki anda jenis yang kuat berpeluh, tukar stoking anda dua kali sehari.

7. Pilih kasut yang mempunyai pengudaraan yang baik. Elakkan kasut yang diperbuat daripada bahan sintetik seperti vinyl dan juga getah.

8. Sediakan dua pasang kasut untuk pemakain setiap hari agar anda boleh memakai kasut yang kering jika berlaku sesuatu kepada kasut yang anda pakai yang menyebabkan ia basah.

9. Jangan memakai kasut yang sama setiap hari supaya anda boleh memberi masa untuk kasut anda kering selepas setiap kali digunakan

10. Lindungi kaki anda di tempat-tempat awam dengan memakain sandal kalis air atau kasut di sekitar kolam renang awam, mandi dan loker bilik.

11. Merawat kaki anda dengan bedak antikulat, pada kaki anda setiap hari.•

12. Elakkan berkongsi kasut kerana ia boleh meningkatkan risiko menyebarkan jangkitan kulat.— EdisiRakyat.com, 23 Mac 2017

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post