Sembilan tanda-tanda seorang yang bijak dan cerdik

BERDASARKAN pelbagai kajian, seorang individividu yang bijak dan cerdik berbanding orang lain, boleh dilihat dari ciri-ciri dan sifat luaran yang dimiliki. Anda sendiri boleh perhatikan diri sendiri, ahli keluarga, atau rakan dan kenalan di sekeliling.



Jika mereka mempunyai sembilan ciri ini, maka bolehlah disimpulkan bahawa mereka adalah seorang yang bijak dan cerdik. Mungkin banyak lagi ciri dan sifat yang boleh dikenal pasti, jika anda ada terbaca mana-mana kajian lain boleh sertakan di ruangan komen di bawah.

Albert Einstein

1. Orang bijak selalu kelihatan malas

Kebanyakkan orang yang bijak pandai lebih suka menghabiskan masa berfikir dengan otak dan akal mereka. Namun pada pandangan orang lain mereka kelihatan malas, namun sebenarnya mereka sedang melakukan kerja dengan kadar keberkesanan dan kecekapan yang tinggi. Mereka lebih suka melakukan perkara yang bermakna berbanding orang lain yang tidak suka berfikir.

Selain itu orang bijak kelihatan malas kerana sebenarnya mereka sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan kerja atau sesuatu perkara dengan cara yang mudah dan cepat, tanpa memerlukan tenaga dan masa yang banyak, berbanding kebanyakan orang yang hanya mengikut sahaja cara kerja yang sedia ada, yang telah diajarkan kepada mereka.

2. Selalu mempunyai idea di luar jangkaan

Antara kebolehan individu yang cerdas ialah, mereka mempunyai lebih banyak idea-idea yang inovatif dan canggih, fikiran mereka lebih bebas, dan cenderung untuk berfantasi, kerana mereka tidak suka terikat dengan sesuatu idea atau pendapat yang tetap.

Berdasarkan satu kajian dari sebuah Institusi Ekonomi dan Politik di London, mendapati golongan muda yang menganggap diri mereka sebagai seorang yang konservatif mempunyai IQ yang lebih rendah berbanding individu yang menganggap diri mereka suka berfikir secara bebas dan terbuka.

3. Mudah percaya dengan orang lain


Mungkin sebilangan orang menganggap perbuatan mudah percaya dengan orang lain adalah sesuatu yang bodoh atau tidak bijak. 

Namun Kajian yang dijalankan oleh Universiti Oxford, mendapati orang bijak lebih mudah percaya dengan orang lain, dan mereka gemar mengkaji motif individu lain, melihat bahasa tubuh, dialek malah reaksi muka di dalam menilai personaliti seseorang. 

Justeru mereka cenderung untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain kerana mereka dapat mengenal pasti mana-mana individu yang tidak akan berbuat khianat.

Sebaliknya orang yang sukar mempercayai orang lain juga sebenarnya menunjukkan tahap keyakinan diri yang rendah, dan merasakan orang lain mudah untuk menipu mereka.

4. Gemar tidur lewat atau berjaga malam (burung hantu)

Jangan terkejut, sebenarnya individu yang suka tidur lewat atau gemar berjaga malam dalam bahasa popularnya suka jadi 'burung hantu' menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang yang bijak dan cerdik.

Seorang ahli psikologi bernama Satoshi Kanazawa pernah menjalankan kajian berhubung kaitan antara tabiat tidur dengan kepandaian seseorang.

Beliau mendapati golongan yang pandai biasanya suka menjadi burung hantu. Kajian itu meliputi pelbagai aspek demografi seperti termasuk bangsa, pendidikan dan agama.

Sebab itulah tidak hairan kebanyakkan golongan elit dan intelektual tidak cukup tidur. Mereka kurang tidur berbanding orang biasa. Keadaan ini mungkin disebabkan otak mereka yang hiperaktif atau mereka gemar suasana malam yang senyap untuk melakukan tugas seharian.

5. Cenderung mengalami gangguan mental dan emosi

Ini pula mungkin salah satu kelemahan menjadi orang yang bijak. Kebanyakkan mereka cenderung mengalami masalah emosi dan mental berbanding orang biasa. 

Kajian yang dibuat oleh ramai ahli psikologi mendapati kebijaksanaan seseorang berkadar songsang dengan kesihatan mental, semakin bijak seseorang semakin tinggi kebarangkalian mereka mengalami masalah mental dan emosi.

Ini tidak bermakna mereka akan menjadi gila kerana bijak. Namun ada sisi tertentu orang-orang yang bijak boleh kita perhatikan tampak ganjil dan kadang-kala bersifat kebudak-budakan. 


6. Suka bersendirian

Golongan bijak biasanya memang gemar duduk bersendirian. Mereka lebih suka hidup, belajar dan bekerja sendiri. Seorang yang mempunyai IQ tinggi, lebih banyak mereka berhubung dengan orang lain, semakin menurun kadar kepuasan mereka terhadap kehidupan. Kehidupan bebas dan bersendirian lebih digemari dan membuatkan mereka merasa selesa dan gembira.

7. Mempunyai banyak hobi

Orang bijak pandai biasanya suka melakukan pelbagai perkara. Kebolehan untuk maju dan cemerlang dalam banyak perkara juga jelas menunjukkan kebijaksanaan dan kecerdasan akal.

Sebab itu ramai orang bijak pandai yang kita lihat boleh melakukan pelbagai perkara atau dalam bahasa mudahnya 'serba boleh' dan tidak ramai orang yang mampu melakukan banyak perkara di dunia ini.

Dia suruh mereka mempunyai hobi tertentu untuk menyalurkan kemampuan akal dan kebolehan fikiran supaya dapat memuaskan hati mereka dalam kehidupan.

8. Mereka dilihat ganjil di mata orang lain

Seperti yang dituliskan diatas kebanyakkan orang bijak pandai sentiasa memikirkan cara yang mudah dan cepat untuk menyelesaikan sesuatu kerja dan tugasan.

Justru kadangkala kaedah mereka menyelesaikan sesuatu masalah sangat berbeza berbanding orang lain yang hanya mengikut sahaja apa yang telah diajarkan kepada mereka.

Namun lama-kelamaan apabila kaedah baru dan ganjil itu terbukti berkesan dan berhasil menyelesaikan masalah, ia pasti akan diikuti oleh orang lain seterusnya menjadikan kaedah itu tidak lagi sebagai perkara yang ganjil dan asing.


9. Menulis menggunakan tangan kiri (kidal)

Banyak Kajian yang dijalankan menunjukkan Orang kidal lebih kreatif dan sering menghasilkan idea-idea baru dan inovatif. Perkara ini mungkin menjelaskan mengapa ramai orang yang berjaya dalam bidang seni bina dan muzik adalah golongan kidal.

Selain itu orang yang menulis menggunakan tangan kiri, menunjukkan mereka lebih banyak menumpukan penggunaan otak di bahagian kanan yang berfungsi mengawal pemikiran kreatif dan bersifat kesenian.

Justeru seorang yang kidal, otak kanan mereka lebih aktif dan lebih banyak dilatih setiap kali mereka menulis.

Rujukan:

Post a Comment

Previous Post Next Post