Harga RON 95 dan RON 97 naik bermula hari ini, Diesel turun 3 sen

HARGA petrol akan naik untuk minggu kedua bulan April di bawah mekanisme harga mingguan baru.

Petrol RON95 akan dijual pada RM2.16 seliter, naik sebnyak 3 sen daripada harga sebelum iaitu RM2.13, manakala petrol RON97 naik 2 sen kepada RM 2.43.

Harga diesel, bagaimanapun, akan turun  sebanyak 3 sen kepada RM2.08 seliter.

Harga baru ini akan mula berkuat kuasa mulai hari Khamis, 6 April sehingga 12 April ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mencatatkan harga bahan api mingguan baru ini melalui laman Facebook mereka yang menyatakan bahawa harga baru akan mula berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam tadi.



Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 22 Mac lalu telah mengumumkan bahawa satu mekanisme harga bahan api mingguan baru dengan menggunakan kaedah pengapungan terkawal akan digunakan dari bulan April dan seterusnya.

Sebelum ini, kerajaan telah mengimplementasikan penetapan harga minyak bulanan secara pengapungan terkawal menggunakan formula yang ditetapkan sejak 1983 iaitu formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan mengikut formula (APM) ini mula digunakan sejak Disember 2014. —EdisiRakyat.com, 6 April 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post