Pencemaran udara di dalam rumah, 4 cara baiki sistem pengudaraan

RUMAHKU syurgaku. Setiap orang mengimpikan suasana rumah yang mampu memberikan ketenangan dan perlindungan dari setiap segi.

Rumah adalah tempat yang paling banyak kita menghabiskan masa selain di tempat kerja.

Tetapi, adakah rumah anda benar-benar mampu memberikan perlindungan kepada anda? Adakah anda yakin kualiti udara di dalam rumah anda cukup baik untuk menjamin kesihatan anda?

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA), pencemaran udara dalaman menduduki salah satu daripada 5 risiko yang mengancam kesihatan persekitaran.

Pengudaraan yang tidak cukup boleh meningkatkan tahap pencemaran udara di dalam tempat tertutup kerana tidak mampu membawa masuk udara dari luar yang mencukupi untuk mencairkan pencemaran yang terhasil dari punca dalaman dan tidak mampu membawa pencemaran udara dari dalam ke luar rumah.



Secara umumnya terdapat dua kategori bahan pencemar yang boleh menjejaskan kualiti udara dalam rumah iaitu:

1. Zarah-zarah termasuk debu, asap debunga, bulu haiwan dan asap tembakau.

Pencemar dalam kategori ini juga dihasilkan dari peralatan pembakaran seperti dapur memasak organisma kecil seperti habuk, kulat, bakteria dan juga virus.

2. Bahan pencemar bergas.

Bahan pencemar bergas ini datang dari proses pembakaran.

Sumbernya termasuklah dapur gas memasak, ekzos kenderaan dan asap tembakau serta bahan bahan bangunan, perabot dan penggunaan produk seperti pelekat, cat, varnis, produk pembersihan dan racun perosak.


Anda boleh memperbaiki sistem pengudaraan dalam rumah anda dengan cara:

1. Pastikan pengaliran udara yang baik di rumah

Duduk di dalam rumah dalam keadaan pintu dan tingkap tertutup serta penghawa dingin dihidupkan setiap hari tanpa henti adalah tidak sihat kerana ia hanya menyebabkan udara tercemar terpengap dalam rumah di mana udara yang tercemar tidak dapat dikeluarkan.

Kerapkan membuka pintu dan tingkap pada waktu siang untuk membenarkan aliran keluar masuk udara.

Penggunaan kipas siling adalah digalakkan bagi mengekalkan aliran udara yang baik.

Elakkan terlalu terdedah kepada asap ketika memasak kerana ia boleh membahayakan kesihatan.

Ketika memasak, pastikan anda membuka pintu atau tingkap di bahagian dapur dan pastikan kipas ekzos dapur anda berfungsi dengan baik untuk menyedut keluar asap pembakaran.


2. Singkirkan atau kurangkan sumber pencemaran

Luangkan masa seminggu sekali untuk mengemas rumah anda dan mengenalpasti barangan yang boleh menyebabkan pencemaran seperti yang disebutkan di atas.

Ramai orang suka menggunakan lilin aromaterapi tetapi hasil pembakaran yang pada lilin aromaterapi menghasilkan gas yang tidak baik yang boleh menyebabkan perkembangan penyakit tertentu.

Jika perlu, anda boleh menggunakan produk aromaterapi berasaskan minyak ataupun cecair bagi menggantikan lilin aromaterapi.

Terdapat banyak jenis perabot yang menggunakan 'pressed wood' contohnya untuk pembuatan kabinet dapur ataupun almari.

Elakkan membeli perabot jenis ini kerana ia mengandungi resin formaldehyde yang boleh menyebabkan pencemaran udara di dalam rumah.

Asap rokok juga adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara dalaman.



Elakkan merokok di dalam rumah ataupun di balkoni rumah anda kerana abu dan asap daripada rokok yang anda hisap akan berterbangan di dalam rumah dan menyebabkan pencemaran.


3. Meletakkan pokok tertentu di dalam rumah

Tumbuhan dalam rumah juga boleh meningkatkan kualiti udara dalam rumah.

Menurut beberapa kajian, terdapat beberapa jenis pokok yang boleh menyingkirkan formaldehid, benzene dan beberapa bahan bertoksik yang terdapat di dalam rumah. Contohnya, Chinese Evergreen, Bamboo Palm, dan tumbuhan Geranium.

Bamboo Palm

Walaubagaimanapun pastikan anda peka dengan potensi alahan, penggunaan baja dan racun perosak dalam rumah.

Pastikan pengudaraan yang mencukupi dan aliran udara yang baik serta tahap kelembapan dikekalkan untuk tumbuh-tumbuhan itu hidup dengan baik.

Jika anda melihat pertumbuhan kulat di rumah anda, pastikan anda membersihkan kulat tersebut dengan segera.

Pertumbuhan kulat berpunca daripada kelembapan udara yang tinggi, maka adalah penting untuk anda mengenalpasti punca kelembapan tersebut dan memperbaiki sistem pengaliran yang bermasalah untuk mengelakkan pertumbuhan kulat berulang lagi.

Ini kerana kulat boleh menyebabkan alergi, jangkitan yang menyebabkan kerengsaan dan membebaskan toksik yang berbahaya kepada tubuh badan. ( Mikotoksin)


4. Memilih penyegar udara semulajadi

Ramai orang sering menggunakan pewangi udara jenis sintetik untuk membuatkan rumah mereka berbau wangi.

Tetapi sedarkah kita bahawa penyegar udara sintetik ini mungkin ada keburukannya tersendiri.

Bagi mereka yang mempunyai hidung sensitif, pasti akan merasa pening dan tidak selesa dengan bauan yang terlalu kuat pada masa-masa tertentu.

Daripada menggunakan penyegar udara sintetik, apa kata cuba gunakan bahan semula jadi sebagai alternatif.

Anda boleh menggunakan bahan semulajadi seperti lemon, daun pandan, serbuk kopi segar atau baking soda yang diletakkan di dalam mangkuk kecil di sekitar rumah anda atau diikatkan dalam satu beg yang kecil dan digantung di sudut tertentu.

Daun Pandan yang diracik 

Bahan semulajadi ini bukan sahaja memberi bau- bauan yang menyenangkan, tetapi juga mempunyai fungsi lain iaitu menghalau serangga perosak.

Contohnya, daun pandan dikatakan mampu menghalau lipas dan serbuk kopi mampu menghalau serangga perosak yang lain.

Pengudaraan yang baik di dalam rumah perlu sentiasa dijaga bagi menjamin kualiti udara yang baik yang memangkin kepada kesihatan anda dan keluarga.— EdisiRakyat.com, 15 Jun 2017

4 Comments

  1. SEKEDAR INFO BOCORAN TOGEL
    JIKA ANDA BUTUH A'NGKA GHOIB/JITU
    SGP HK MALAYSIA ARAB SAUDI LAOS
    2D_3D_4D-5D-6D-7D DI JAMIN 100% TEMBUS...
    SAYA BUKTINYA SUDAH 5X JP
    DAN SAYA SUDAH BENER2 YAKIN DENGAN AKI RORO
    YANG TELAH MEMBERIKAN ANGKA RITUAL NYA
    BAGI ANDA YANG SUKA MAIN TOGEL
    & INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN GABUNG DENGAN AKI RORO
    SILAHKAN HUB DI NO: ((_082_336_642_456_))


    Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
    dan alhamdulillah saya dpat Rp 250 juta dan semua ini
    berkat bantuan angka dari AKI RORO
    karena cuma Beliaulah yang memberikan angka
    ritual yg di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angka nya,,,,buat anda yg butuh angka yang di jamin tembus
    hubungi AKI RORO DI NO: ((_082_336_642_456_))
    insya allah beliu akan siap menbatu kesusahan anda
    ''kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak kepada AKI RORO

    ReplyDelete
  2. Hello
    Saya adalah Aliciana Castelo pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang masa hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah ia ditolak oleh bank dan agensi kewangan lain? Adakah anda memerlukan penyatuan atau pinjaman gadai janji? Tidak perhatikan lagi, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami meminjam wang dari orang yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan pada kadar 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa kami menyediakan bantuan yang boleh dipercayai dan penerima dan kami akan sanggup menawarkan pinjaman kepada anda.

    Hantarkan e-mel kepada kami: (alicianacastelo@gmail.com) Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses. Perkenalkan terlebih dahulu saya Sri Wahyuni biasa di panggil Mba Sri, TKI tinggal di kota Pontian johor Malaysia,Saya berprofesi sebagai pembantu rumah tangga, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar.
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak, kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro +6282354640471 & 082354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang nya melalui jalan Togel/Dana Ghaib dan Pesugihan Tampa Tumbal. . .
    dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya lagi susah di negri orang. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya, baiknya melalui jalan togel saja. Dan angka yang di berikan beneran tembus ,6D dan saya dapat RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran. alhamdulillah terima kasih banyak ya allah atas semua rejekimu ini. walaupun ini hanya melalui togel..



    ReplyDelete
  4. Halo,
    Adakah anda sedang mencari pinjaman? Adakah anda memerlukan Pinjaman Perniagaan, Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perumahan / Harta, Atau adakah anda telah ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan atas sebab atau yang lain? Kemudian anda berada di tempat yang betul, untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! Di Firma Pinjaman Adriana Malkova kami terhad untuk memberi pinjaman kepada syarikat dan individu untuk kadar faedah 2% yang rendah dan berpatutan. Sila hubungi kami melalui e-mel hari ini di adrianamalkovaloan@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post