Saya sedia bantu BN rampas Selangor kata Khir Toyo

BEKAS Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo dilapor sudah sedia untuk membantu BN merampas negeri itu daripada Pakatan Harapan pada pilihanraya umum yang akan datang.

"Sebagai seorang ahli Umno, tugas saya ialah untuk membantu apabila diperlukan," katanya dipetik oleh The Star.

Beliau dilapor mengulas kenyataan terbaru Pengerusi Umno dan Barisan Nasional Selangor, bahawa 3 bekas Menteri Besar Selangor akan dipanggil semula untuk membantu dalam pilihanraya umum yang akan datang.



Dua lagi bekas Menteri Besar Selangor yang dimaksudkan ialah, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib and Tan Sri Abu Hassan Omar.

Muhammad yang juga dikenali sebagai "Mike Tyson" kembali ke pangkuan Umno baru-baru ini selepas meninggalkan parti itu untuk menyertai Pas lima tahun lalu. Beliau kemudiannya meninggalkan Pas untuk menyertai PKR dalam tahun 2015 dan kini kembali semula kepada Umno.

Tan Sri Noh Omar dilaporkan sebagai berkata bahawa tiga Menteri Besar itu tidak akan diberi sebarang jawatan-jawatan rasmi.

Setiausaha Umno Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz yang dihubungi oleh The Star berkata, bekas Menteri Besar itu boleh memainkan peranan besar di dalam meyakinkan rakyat, terutama bumiputera, bahawa kerajaan negeri sekarang ini telah gagal untuk menjaga kebajikan dan kepentingan mereka.

"Menteri Besar ini telah membuat formula dan meluluskan banyak dasar-dasar yang telah memberi manfaat kepada bumiputera, juga komuniti lain. Kebanyakkan rancangan dan dasar-dasar yang baik ini telah ditinggalkan, rakyat mesti tahu perkara ini," kata Johan.

Katanya, kekuatan bekas pemimpin-pemimpin ini terletak pada kebolehan mendekati akar umbi dan menyakinkan mereka untuk mengundi Barisan Nasional.

"Adalah lebih baik jika Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga bekas Menteri Besar, menyertai kita di dalam mendedahkan kepada rakyat pelbagai ragam kerajaan negeri pada masa ini," kata Johan.

Khalid meninggalkan PKR dan menjadi Adun bebas selepas dipecat dari jawatan Menteri Besar pada 2014.

Muhammad merupakan Menteri Besar Selangor dari tahun 1986 sehingga 1997, manakala Abu Hassan dari 1997 hingga 2000 dan Mohd Khir Toyo dari 2000 hingga kerajaan Selangor jatuh kepada kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 2008. — EdisiRakyat.com, 24 September 2017

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post