Dua pemain badminton Malaysia disiasat kerana disyaki terlibat rasuah

DUA pemain badminton Malaysia disiasat oleh badan penyelaras dunia sukan itu kerana disyaki terlibat rasuah mengatur perlawanan, kata Pengurus Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Michelle Chai yang memberitahu akhbar New Straits Times pada hari Selasa tanpa menamakan kedua-dua suspek berkenaan.


"Kami diberitahu bahawa pemain itu kini digantung dan proses itu sedang berjalan," kata Chai yang dipetik oleh akhbar berkenaan.


"Kami sangat berhati-hati untuk menjaga kerahsiaan." katanya lagi


Menurut Chai Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah menulis satu surat kepada BAM berhubung kedua-dua pemain tersebut tahun lalu.


"Kami mesti memastikan mereka mendapat perbicaraan yang adil, dan bukan perbicaraan umum ataupun media. Oleh kerana ini merupakan siasatan BWF, kita tunggu mereka untuk memberikan sebarang pengumuman," katanya lagi.


Di bawah peraturan BWF, mana-mana pemain yang didapati bersalah mengatur perlawanan boleh diharamkan seumur hidup.


"Perkara ini tentu sekali merosakkan reputasi badminton Malaysia, jadi saya ingin membuat satu kenyataan tegas bahawa BAM tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pengaturan perlawanan ataupun perjudian," kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria dipetik oleh media. — EdisiRakyat.com, 14 Febuari 2018


Raket dan Bulu Tangkis

Post a Comment

Previous Post Next Post