Dua anggota Polis maut bawa kertas soalan SPM 2018

DUA pegawai polis yang sedang mengiringi kertas soalan SPM 2018 dilaporkan maut dalam satu kemalangan ketika perjalanan dari Bentong menuju ke Kuantan, Pahang pada jam 3.20 petang hari Selasa (23 Oktober).

Kedua-dua pemandu Roslan Maon dan penumpang Watson Anak Edin bertugas di Ibu Pejabat Polis Pahang.

Mereka dilaporkan sedang membawa soalan peperiksaan SPM 2018 ketika kenderaan yang dinaiki merempuh penghadang sepanjang lebuhraya, mengakibatkan seseorang tersepit manakala seorang lagi tercampak keluar.

Kedua-dua mereka dilapor maut di tempat kejadian. Mayat mereka berjaya dikeluarkan oleh Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Maran. Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital Jengka untuk bedah siasat.

TAG

Keadaan jalan licin disebabkan hujan dipercayai punca kepada kemalangan tersebut yang berlaku di kawasan selekoh.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijadualkan akan bermula pada 13 November 2018. — EdisiRakyat.com, 23 Oktober 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post