Tengku Adnan dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan rasuah

BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan telah meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dibawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur bagi pertuduhan rasuah.

Ahli Parlimen Putrajaya itu dipercayai akan didakwa bersama seorang ahli perniagaan Datuk Tang Eng Boon berhubung penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tengku Adnan

Bekas setiausaha Agong Umno itu, sebelum ini mendakwa telah disoal siasat sebanyak 12 kali berhubung penjualan tanah terbabit. Ahli politik Umno itu ditahan pada hari rabu ketika tiba di ibu pejabat SPRM untuk rakaman percakapan.

BACA —  Tengku Adnan bermalam di lokap SPRM

Mahkamah hari ini juga akan menyaksikan kemunculan Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi untuk menghadapi pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 billion untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak.

Projek itu mula menarik perhatian apabila laman pembocor maklumat Sarawak Report pada bulan Jun mendedahkan kontrak berkenaan telah dianugerahkan kepada Jepak Holding Sdn Bhd melalui arahan "terus" oleh suaminya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pembantu Datin Rosmah, Datuk Rizal Mansor 44, akan dituduh bersama dalam kes rasuah berkenaan.

Sumber SPRM dilapor mendedahkan kedua-dua mereka akan dikenakan enam pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM6.5 juta.

Ketika pengurusan kes, pegawai penyiasat pada hari rabu telah memanggil Rosmah dan merakam percakapannya selama hampir 4 jam. Kedua-dua mereka dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. — EdisiRakyat.com, 15 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post