Tengku Adnan bermalam di lokap SPRM malam ini

TENGKU Adnan Tengku Mansor dilaporkan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tengku Adnan

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, ditahan Ketika sampai di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3 petang hari ini lapor The Malaysian Insight.

Sumber SPRM yang dipetik oleh portal itu, mengesahkan beliau akan ditahan semalaman dan akan dituduh di mahkamah esok berhubung penjualan tanah mencurigakan melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bulan lalu, Tengku Adnan memberitahu bahawa SPRM telah memanggilnya sebanyak 12 kali untuk Memberikan maklumat berhubung transaksi tanah DBKL di bawah pentadbiran Barisan Nasional yang lalu.

Bekas setiausaha Agung Umno itu juga memberitahu parlimen bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan meluluskan penjualan tanah di Kuala Lumpur ketika beliau menjawat jawatan menteri.

"Apabila saya mengambil alih kementerian dalam tahun 2013, saya telah menyerahkan semua perihal tanah kepada Jabatan Perdana Menteri. Saya tidak ada kena mengena dengan apa-apa kelulusan berhubung tanah Wilayah Persekutuan."

"Ramai orang kata saya tidak dipanggil oleh SPRM. Sebenarnya saya telah dipanggil 12 kali dan memberi tahu mereka segala informasi yang saya ada,"

SPRM telah membentuk satu jawatankuasa khas untuk menyiasat sejumlah 97 transaksi bernilai RM5.63 billion, melibatkan tanah DBKL seluas 273.27 hektar. — EdisiRakyat.com, 14 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post