Paderi ditangkap di Pulau Pinang kerana mencabul wanita

SEORANG paderi ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul kehormatan seorang wanita yang mahu mendapatkan rawatan di rumahnya, sebuah apartment di Jalan Laguna 2, Pulau Pinang.

Paderi lelaki berusia 59 tahun itu telah ditahan pada 18 Disember 2018 selepas seorang wanita berusia 24 tahun membuat laporan polis. Suspek akan didakwa di Mahkamah Butterworth pada hari Jumaat (28 Disember 2018).

Paderi
Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid dilapor berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai seorang kerani datang ke rumah paderi itu bagi mendapatkan rawatan sendi pada 1 Disember.

Menurutnya, paderi itu juga merupakan bapa angkat kepada rakan mangsa.

Tambahnya lagi dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu, paderi berkenaan telah mengurut kaki mangsa di ruang tamu rumah sebelum menanggalkan pakaian mangsa dengan alasan dia perlu mengurut badan mangsa bagi melancarkan aliran darah.

"Paderi itu telah mengurut seluruh badan mangsa sebelum memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa, mendakwa Ia merupakan punca penyakit," kata Nik Ros Ashan.

Tambahnya suspek yang telah berkahwin meminta mangsa agar tidak memberitahu orang lain berhubung kejadian itu.

"Paderi itu dikatakan sering menyentuh badan mangsa di bahagian bahu, dada, dan belakang setiap kali mangsa melawat rakannya di apartmen berkenaan. Suspek juga selalu didakwa berkata mahu merogol mangsa," kata Nik Ros Azhan.

Menurutnya, pihak polis juga melakukan siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh seorang lagi wanita berusia 24 tahun yang turut mendakwa telah dicabul oleh paderi tersebut.

Katanya pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan. Tambahnya, sesiapa lagi mangsa yang telah dicabul oleh paderi itu diminta tampil untuk membuat laporan polis — EdisiRakyat.com, 26 Disember 2018

Post a Comment

0 Comments